Tuesday 24 January 2012

Bab 12 .. Biar Cinta Bertaburan




      Pagi-pagi lagi wajah En. Emeer mencuka.  Tiada salam seperti biasa ketika melalui pintu bilikku.  Pintunya terus dikuak dan dihempas kuat.  Wah, pagi-pagi dah moody mamat ni.  Semalam ok aje.  Mesti ada yang tak kena malam tadi.  Bergaduh dengan tunang ke.  Erkkk… perkataan tunang tu membuakkan rasa cemburu dan ada sejalur rasa sakit menghiris hatiku.

          Dengan hati yang agak was-was, aku menguak pintu bilik En. Emeer bersama Nescafe O satu sudu gulanya seperti biasa.  Rutin harianku setiap pagi untuk mengingatkan bos aku ni setiap temujanjinya.  Walau pun mempunyai organizer sendiri, En. Emeer lebih suka jika aku yang brief nya setiap pagi. 

          Wajah yang kelat mencuka itu menyambutku.  Tidak seperti biasa, murah dengan segaris senyuman.  Matanya tajam merenungnya.  Terasa cuak juga.  Berfikir-fikir dalam hati, adakah kesalahan yang telah aku lakukan.  Cepat-cepat aku membuang ragu, terus meletakkan minuman En. Emeer di atas meja.  Aku meneruskan tugasku seperti biasa, menerangkan satu persatu perjalanan jadual En. Emeer untuk hari itu.  Namun, tiada reaksi daripadanya.  Matanya masih lagi tertancap ke mukaku. 

          “Ayesha…” ketukan pintu mematikan kata-kata En. Emeer.  Wajah En. Azman terpacul di sebalik daun pintu.  Aku terus berlalu keluar meninggalkan En. Emeer dengan ayat tergantungnya.  Entah apa lah yang nak dicakapkan.

          En. Azman hanya berdehem kecil melihat aku.  Senyuman yang terukir di bibirnya mati tiba-tiba apabila melihat wajah mencuka En. Emeer.  Parah, kalau dah pagi-pagi mood tak baik ni.

          Aku pun mempercepatkan langkah, tak betah berlama-lama di situ.  Risau, kalau singa mengamuk habis nyamuk pun terkena tempiasnya.  Fail-fail serta dokumen-dokumen yang kuambil daripada bilik En. Emeer kulambakkan di atas meja.  Satu persatu kubelek untuk memastikan segalanya telah siap bertanda.  Mataku tertancap ke arah sekepal kertas keras yang telah renyuk.  Perlahan-lahan aku meneliti kertas itu.  Darah merah meruap-ruap ke mukaku.  Mungkin inilah penyebabnya mood En. Emeer berubah.  Bahkan, kertas itu juga mengundang rasa sayu di hatiku.  Mata yang mula berkaca-kaca tak mampu bertahan lagi. Mengalir juga kolam rasaku membasahi pipi. 

Undangan Perkahwinan
Emeer Zafran bin Zainudin
&
Lyana Arrisa bt Datuk Yaakob

          Sabarlah wahai hati, memujuk hatiku sendiri.  Bukankah aku telah lama tahu ini akan terjadi jua nanti.  Mana mungkin aku mampu menolak realiti yang terhidang di depan mata ini. 

          Sebak di hati tidak tertahan.  Sebelum semuanya berhamburan di sini, aku segera melarikan diri ke bilik air.  Tidak mahu En. Emeer melihat keadaanku begini.  Aku sedar, dia juga turut mencuri-curi pandang ke arahku melalui celahan blind yang memisahkan kami.

          Suasana menjadi terlalu asing.  Sepi dan tak bermaya.  Aku gagahkan hati untuk terus bertahan.  Lima minit sebelum waktu lunch, aku cepat-cepat melarikan diri.  Tidak mahu bersemuka dengan En. Emeer yang pasti akan keluar dari biliknya sekejap lagi.  Hari ini aku makan bersama Hafifah.  Hafifah juga terkejut kerana jarang benar kami dapat makan bersama.  Di wajahnya terpancar persoalan namun aku tidak memperdulikannya.  Malas hendak menerangkan apa yang terjadi.  Bimbang juga hatiku akan hancur sekali lagi.

          Telefon bimbitku berbunyi namun tidak kuhiraukan.  Hafifah yang telah sedia berasa hairan bertambah cuak.  Nak bertanya, mungkin tak sampai hati melihat wajahku yang monyok.  Malah makanan di dalam pinggan di hadapanku pun tidak berusik.  Seleraku mati di situ.  Dua tiga kali telefon berdering, namun tak juga aku pedulikan.  Akhirnya, bunyi beep mesej masuk melembutkan hatiku. 

          Where are you Ayesha ~ Emeer

          Kubiarkan sahaja mesej tanpa berbalas.  Mendera hatinya kah atau mendera hatiku sendiri.  Sengaja aku masuk ke pejabat agak lambat daripada biasa.  Malas nak bersemuka dengan En. Emeer, lagi pun hari ni En. Emeer ada mesyuarat hingga ke petang.  Semua keperluan mesyuarat telah aku sediakan pagi tadi.  Tak ada masalah pun. 

          Aku membelek diari En. Emeer yang terletak di atas mejanya.  Fail-fail yang telah ditandatanganinya kuambil satu persatu.  Perlu diuruskan segera agar tidak tertangguh tugas jabatan yang terlibat.  Setelah berpuas hati dengan susun atur di atas meja, aku terperasan kunci kereta En. Emeer yang bersepah di atas meja.  Iskhh, mamat ni cuai betul.  Selalu kan kunci ni di simpan di dalam laci.  Perlahan laci kutarik untuk memasukkan kunci namun tanganku mati di situ.  Mataku tertancap pada beberapa keping gambar yang berada di dalam laci itu.

          Kutarik gambar itu keluar.  Air mataku tak mampu ditahan lagi.  Kuhamburkan segalanya keluar.  Di tanganku, beberapa keping gambar aku dan En. Emeer ketika kami di butik pengantin tempoh hari.  Hatiku bagaikan disiat-siat. 

          Kusisipkan sekeping gambar itu keluar bersamaku.  Biarlah gambar ini menjadi kenangan aku dengannya.  Meneliti jadual En. Emeer untuk beberapa hari akan datang, aku segera interkom Kak Haryati.

          “Assalamualaikum Kak Yati, Ayesha ni,” ujarku.

          “Waalaikumussalam Ayesha, ada apa dear,” balas Kak Haryati yang memang selalu ceria.  Semenjak Kak Haryati mengetahui aku yang mengusulkan namanya ke konvensyen tempoh hari, kami semakin akrab. 

              “Kak, bos akak tak ada kan seminggu ni?”

        “Yep.. bos seminar kan.  Ayesha nak minta tolong akak apa-apa ke?” balasnya.

          “Hehe.. akak ni pandai lah.  Ayesha ingat nak bercuti dalam sehari dua, boleh akak take over tak tempat Ayesha ni.  Tolong handle office GM ni,” kataku lembut.  Selalunya Kak Haryati tidak pernah akan menolak.

          Setelah mendapat persetujuan Kak Haryati, aku menuliskan semua perkara penting untuk tugasannya.  Setiap jadual, keperluan dan mesyuarat En. Emeer aku sertakan supaya mudah untuk Kak Haryati mengambil alih tugasku.

          Melihatkan jam yang hampir pukul 5 petang, aku segera mengisi borang cuti dan kuletakkan di atas meja En. Emeer.  Approve atau tidak, aku tidak peduli.  Yang pasti aku tidak mahu berada di sini ketika ini.  Aku ingin pergi jauh.

          Aku memecut laju, bimbang akan berselisih dengan En. Emeer.  Aku tahu, mesti dia akan baran dengan tindakanku.  Aku tidak peduli lagi. 

          Sampai sahaja di rumah, segera aku mengemas beberapa helai pakaianku.  Kumasukkan semuanya ke dalam beg kecil.  Aku menulis nota ringkas untuk Hafifah dan kutampalkan di cermin depan.  Tidak mahu Hafifah bimbang dengan kehilanganku.  Aku harus segera beredar.  Aku pasti, jika lambat bergerak aku terpaksa akan bersemuka dengan En. Emeer.  Pasti, En. Emeer akan terpacul di sini nanti.

*************


          Kuala Lumpur telah jauh aku tinggalkan.  Berkira-kira destinasi yang ingin aku ambil.  Ingin pulang ke kampung, bimbang keadaanku akan merisaukan abah dan mak.  Bimbang juga jika jejakku dapat dihidu oleh En. Emeer.  Aku mahu bersendirian kini.. Aku melepaskan lelah yang membelit jiwaku.  Akhirnya, Myvi kupandu laju menuju ke arah Lebuh Raya Utara Selatan.  Destinasi ku, Port Dickson. 

          Setelah beberapa kali berpusing-pusing dan hari pun telah mulai gelap, aku akhirnya mendaftar masuk di The Legend Water Home.  Chalet yang terletak di atas air dan disekelilingnya pantai yang indah sungguh mendamaikan.  Telefon telah aku off kan.  Malas untuk melayan sebarang panggilan.  Aku ingin menyendiri.  Menyiapkan diriku menghadapi esok yang bakal menjelma.  Aku ingin menjadi aku yang tabah.  Malam kian merangkak tua.  Biarlah esok dengan janji-janjinya.

          Usai solat subuh, aku mengaktifkan semula telefon bimbit.  Membelek beberapa nombor miscall yang terpapar di skrin.  Emeer, Emeer, Emeer dan Emeer lagi.. tak penatkah dia mendail tak henti-henti.  Malang nasib keyboard telefon penat dipicit. Melihatkan nombor Hafifah, segera aku mendailnya kembali.  Kasihan sahabatku ini.

               “Assalamualaikum Pipah,” ucapku.  Salam bersambut.

          “Pina.. apa ko buat ni, ko pegi mana Pina.  Risau aku bila balik rumah tengok ko dah tak ada.  Telefon ko tak angkat.  Semua orang risaukan ko Pina.  Ko kat mana ni,”  bebel Hafifah laju, mengalahkan kelajuan tren komuter KTM tu.  Nak ketawa pun ada, nak nangis pun ada aku ni.

          “Pipah..Pipah.. ko janganlah cakap laju-laju.  Tak terkejar aku Pipah oi,” balasku cuba menceriakan hati.  Terdengar  rengusan Hafifah di hujung talian.

          “Ko kat mana ni Pina, cuba ko cerita kat aku,” soalan Hafifah membuatkan aku kembali sayu.  Nak cerita atau tidak ni, hatiku bersoal sendiri.

          “Aku kat PD la Pipah, kat The Legend Water Home.. ko jangan bagi tau sapa-sapa ye, especially bos aku tu.  Eh, mak dan abah tau ke pasal aku ni?” soalku semula. 

          “Tak, aku tak bagi tau pun.  Tapi bos kesayangan ko tu memang ada tanya aku, cemas je muka dia.  Malam tadi dia datang sini tapi bila tau ko tak de, dia terus pecut.  Kecut perut aku tengok dia drive,” cerita Hafifah. 

          “Ko janji ye Pipah, ko jangan bagi tau sapa-sapa.  Mak dan abah pun ko jangan bagi tau.  Sehari dua lagi aku baliklah.  Aku nak tenangkan hati aku ni dulu,” pesanku.

          “Pina, ko jaga diri baik-baik eh.  Aku nak siap-siap gi kerja ni.  Apa-apa hal ko telefon aku,”

          Talian telefon dimatikan setelah kami berbalas ucapan salam.  Kalau selalu waktu-waktu begini aku akan kelam kelibut bersiap untuk ke pejabat.  Tapi hari ini, suasana sungguh berbeza.  Bermalas-malas di atas katil, hatiku masih lagi terlalu sedih.  Masih ternampak-nampak kad jemputan yang renyuk di ruang mata.  Perut sudah mula bernyanyi-nyanyi.  Kalau lagu Dealova ke, Ombak Rindu ke boleh la juga aku tahan, ni dah lagu Pawana Search.  Dengan malas, aku bersiap turun ke kafe Hotel. 

          Makanan yang terhidang tidak dapat memancing seleraku.  Namun, memikirkan aku belum lagi makan daripada malam semalam, aku gagahkan juga mengambil beberapa keping sandwich, kuih talam keladi dan kopi o.  Apabila terpandangkan kopi o, hatiku tiba-tiba merintih.  Teringat pada Nescafe O satu sudu gula.  Teringat pada empunya badan yang sering memintanya.  Aku jadi rindu.  Rindu yang teramat.  Bagaimana nak kuhapuskan kerinduan ini.

          Menyusuri gigi pantai yang tenang, mengagumi ombak yang setia kembali ke pantai.  Alangkah bagusnya jika hatiku saat ini boleh setenang laut. 

          Melabuhkan punggung di bawah pohon kayu rendang ini, ingin menangisi nasibku sendiri.  Kuselak satu persatu kenangan indah bersamanya.  Kusingkap satu persatu ayat-ayat manis yang diucapkan.  Hati panar.  Hati tersiksa. 

          “Kau sendiri yang melakar nasib kau.  Kau kan tahu yang dia tak mungkin akan menjadi milik kau, kenapa kau dirikan lagi harapan.  Kau tahu dia bakal menjadi milik orang lain, kenapa kau masih lagi menaruh hati padanya,”  seakan ada suara membisik di telingaku.  Aku menekup kedua telingaku dengan tangan.  Tidak, aku tidak mahu dengarnya lagi. 

          Bagai ternampak-nampak di depan mataku, En. Emeer duduk bersanding bersama tunangannya.  Berseri wajah pengantin, berjalan beriringan, diusik dan disorak tetamu.  Bersuap-suapan di meja pengantin, tersenyum melirik sesama mereka.  Kupejamkan mata rapat.  Tidak!!!  Aku tidak mahu melihat semua itu.  Aku tidak mahu memikirkannya pun. 

Emeer Zafran,

Walau pun jerit dan sinis suaramu, walau tegas dan kasar bahasamu, aku rindu kamu.  Aku rindu pada senyum nakalmu, aku rindu pada usikanmu, aku rindu pada perhatianmu, aku rindu bila kau mencuit hidungku, aku rindu pada kejap genggaman tanganmu di jejarimu, aku rindu pada bauan maskulinmu, aku rindu pada deru nafasmu di telingaku, aku rindu pada suaramu, aku rindu pada redup matamu, aku rindu pada semua milikmu.  Aku rindu.  Aku ingin menjerit tapi suaraku tersekat di situ.

          Mengapa aku menyulam mimpi, jika mimpi ini hanya akan berakhir dengan mimpi ngeri.  Mengapa aku serahkan cinta jika aku tahu cinta ini akan berbalas racun berbisa.  Biarkan aku menangis.  Biarkan aku di sini, bersama hati yang luka parah.  Aku ingin pergi jauh, jauh dari dia.  Mampukah hati melawan rasa.  Mampukan aku bangkit dari kesakitan ini.  Aku cinta kamu Emeer Zafran.  Amat!!




Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

3 comments:

  1. Nak sambung lagu tu...

    Hanya mampu berserah
    Moga cahaya..
    di penanti..

    Tuhan tolong lembutkan
    Hati dia untuk terima ku
    seadanya kerna ku tak sanggup
    kerna ku tak mampu
    Hidu tanpa dia disisiku..
    uuuuuuu...

    ReplyDelete
  2. hu3x..sedeylak pulak baca bab ni..:(

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com