Tuesday 17 January 2012

Bab 3 .. Biar Cinta Bertaburan

           Seawal jam 7.30 pagi, kelihatan En. Emeer dah terpacak di depan pintu pagar rumahku.  Hai.. awal betul mamat ni.  Telefon bimbit aku berdering-dering minta diangkat.

          “Morning dear, tidur lagi ke?  Saya dah kat depan ni.,” alahai, suara mamat ni gemersik je, pagi-pagi lagi dah wat cair hati aku la.  Kalau aku set suara dia ni untuk jam loceng aku best juga kan.

          “Err.. kejap ye En. Emeer, give me five minutes,” balasku lantas melambai ke arahnya dari tingkap bilikku yang menghadap ke pintu pagar.  Lambaianku disambut dengan anggukan. 

          Segera aku mencalit sedikit pewarna bibir dan touch up wajahku ala kadar.  Memang semua orang sedia maklum, aku ni bukanlah suka sangat nak bersolek sakan, cukup hanya lipstick, mascara, celak dan blusher.  Itu pun kalau sempat, kadang-kadang semua tu aku lakukan dalam kereta semasa berhenti di traffic light.  Alah, carrier woman, mana boleh bazir masa.  Ceh, ayat perasan sendiri la tu.

          Aiseh, ni yang wat aku tak boleh nak tengok muka mamat ni.  Dah siap-siap bukakan pintu untuk aku lagi.  Aduhai, kalahkan boyfriend pula.  Oh hati, janganlah kau jatuh cinta dengan bakal suami orang ni.  Teruk aku merana nanti.  Senyuman paling manis aku berikan tanda terima kasihku atas ke prihatinan bosku ini.  Bukan senang nak dapat bos sebegini.  Kalau aku cerita kat Kak Munirah ke, Kak Noreen ke.. mesti mereka tak percaya punya. 

          “Thank you En. Emeer, in advance.. sanggup hantar saya, jemput saya lagi.  Susah-susah aje,”

          “Hari-hari pun tak pe Ayesha.. saya sanggup,”  balas En. Emeer bersulamkan tawa halus.  Iskh, mamat ni, dah la tengok muka dia pagi-pagi ni jantung aku macam drift satu KL.  Ni wat statement lawak lagi. 

          “Kita singgah sini dulu ye breakfast,” ujar En. Emeer sambil membelok ke arah Restoran Kak Leha Makanan Timur.  Tu kerjanya mesti nak cari nasi dagang la tu.  En. Emeer ni memang suka nasi dagang.  Kadang-kadang, kalau keluar awal, aku selalu juga singgah kat Restoran Kak Leha ni, tapau kan nasi dagang untuk bos aku ni.  Woi, sayang bos aku ni tau.  Kena la ambil hati bos, nanti bonus boleh la dapat banyak sikit.  Kih..kih.. ketawaku, tapi dalam hati aje la.  Mau kena kutuk dengan mamat ni nanti.

          “Err.. tak lambat ke nanti En. Emeer?” balasku.

          “Alah, lambat 20 – 30 minit, tak pe nya,”

          “Bukan apa, En. Emeer lambat tak apa lah.  Ni dengan saya sekali lambat.  Nanti kena gossip kang,”  ujarku.  Konon-konon cuba menolak pelawaannya.  Tapi dalam hati, kalau nak belanja aku hari-hari pun tak pe bos oiii….

          “Awak takut ke kalau kena gossip dengan saya?”  Ah, ni yang aku tak boleh terima  jawapan mamat ni.  Ada je statement yang nak menyebabkan jantung aku berhenti.  Aku sekadar tersengeh lalu keluar daripada perut kereta.  Rezeki jangan ditolak…

****************


          Panggilan telefon tadi yang beserta dengan memo daripada CEO benar-benar membuatkan hatiku panas.  Sengaja aku melemparkan fail-fail yang ada di atas meja ke lantai.  Tanda protes la tu.  Iskh.. Ayesha Sorfina, siapa lah kau nak protes-protes ni.  Tu memo daripada CEO, bukan daripada officeboy.  Sepanjang hari la hari ni nampaknya muka 14 inci tu akan menempel kat wajah aku ni. 

          Riuh bunyi suara-suara lelaki berbual-bual menuju ke arah bilik En. Emeer tidak aku pedulikan.  Memandang pun tidak.   Aku sempat menangkap wajah En. Emeer merenungku dari ekor mataku.  Tenunglah sampai keluar anak mata pun, malas aku nak melayan sesiapa pun hari ni.

          Tiba-tiba interkomku berbunyi.  Dengan malas aku mengangkat tanpa memandang ke dalam bilik En. Emeer yang hanya dipisahkan oleh cermin.  Boleh sangat kalau nak Nampak wajah hensem En. Emeer tu, cuba dilindungi oleh sliding yang nak kata tutup pun tidak, buka pun tidak..

          “Ayesha, boleh tolong buatkan tiga cawan kopi tak?” pinta En. Emeer.

          “Orite bos, on the way..” balasku ringkas.  Malas nak bertanya lebih lama.  Aku perasan wajah curious En. Emeer di sebalik sliding tu. 

          Setelah menghidangkan minuman, aku segera ingin keluar daripada bilik En. Emeer apabila tiba-tiba namaku dipanggil.

          “Ayesha, kenalkan ni En. Badri, Regional Manager baru kita di Kuantan?” En. Emeer memperkenalkan aku kepada En. Badri.  Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
          “Kenal En. Emeer, pernah jumpa sekali dulu masa report duty kan,” balasku berbahasa basi.  Tak kan nak lepaskan marah dan geram pada orang yang tak bersalah pulak.  Ayesha Sorfina, kau kan professional. 

          “Nice meeting you, jemputlah minum,” kataku lalu memohon diri.  En. Emeer mengerutkan dahi seolah-olah melemparkan soalan untukku. Mungkin pelik dengan sikapku.  Selalunya akulah yang akan selalu banyak bertanya.  Semua staf sedia maklum akan perangai terlebih ramah aku tu.  Kalau tak, tak kan Saiful budak officeboy yang rajin membuat photocopy untuk aku tu suka menepek kat opis aku.  Semua aku layan berborak.  Itu pun kalau En. Emeer tak ada lah.  Kalau ada, cari nahas la tu.  Tanpa memperdulikan mamat tu, aku terus keluar.  Sangkaku, En. Emeer akan membiarkan sahaja tindakanku itu.  Rupanya, sangkaanku meleset sama sekali. 

          Tanganku terasa ditarik dari belakang.  Spontan aku memalingkan wajah dan hampir aku tersembam ke dada bidang En. Emeer.  Dah la aku ni tak berapa nak tinggi.. kalau bercakap dengan En. Emeer ni mestilah aku kena mendongak.  Entah bila lah mamat ni keluar mengikutiku.  Tak pula aku dengar derap langkahnya tadi. Eh, kan karpet bilik mamat tu tebal, mana nak dengar pun.

          Tangan kulepaskan daripada pegangannya.  Mata kami bertembung, dan segera aku mengalihkan pandangan.  Tak mampu aku nak berlawan pandang dengan mamat ni.  Jantung dah macam racing kat litar sepang.  Dah la geram dan sakit hati pada memo CEO tak habis lagi, nanti tak pasal-pasal berderai air mata aku ni.  Sememangnya aku ni pun bukan lah tough sangat.  Kememe juga aku nih, .. gelaran maktok aku untuk aku ketika kecil.

          “Awak kenapa Ayesha?  I’ll see you after this,” ujarnya sambil terus berlalu menyertai semula En. Badri dan En. Azman yang bertamu tanpa memberi aku peluang untuk berkata apa-apa. 

          Sejam, dua jam.. intercom aku berbunyi.  Alahai, dah nak lunch hour ni.  Tak nak pergi lunch ke En. Emeer ni.  Sibuk pulak nak panggil aku.  Aku menoleh ke arahnya melalui cermin dan terlihat dia melambai aku untuk masuk ke opisnya.  Kalau dah arahan tu, jangan nak berani la engkar.

          Aku melabuhkan diri ke atas kerusi di hadapan meja besar En. Emeer.  Meja besar itu kemas, semuanya tersusun dengan baik.  Memang aku sentiasa memastikan meja itu kemas setiap pagi.  En. Emeer seorang yang sentiasa pentingkan kebersihan dan kekemasan.  Buku-bukunya tersusun rapi di dalam almari.  Kot-kot serta tali lehernya sentiasa aku gantung di dalam closet.  Selalunya seminggu sekali aku akan hantar dry-clean.  Boleh dikatakan, hampir semua yang berkaitan dengan En. Emeer ni, aku yang uruskan.  Dari hal pejabat, dobi mendobi pakaiannya, menjaga akaun peribadinya hinggalah kepada makan minumnya jika di pejabat.  Dah terbiasa memanjakan En. Emeer ni.

          “Kenapa Ayesha?  Why sudden change of mood?” soalnya.  Wajahnya cukup serius.  Aku faham benar kalau En. Emeer berwajah begitu.  Kalau staf lain yang melihatnya, aku rasa ada yang akan mengambil jalan berbatu-batu jauhnya untuk mengelak daripada bertembung dengannya.  Tetapi bagi aku, wajah serius itu tak memberi sedikit pun kesan padaku.  Tak makan saman aku ni. 

          Aku mengunjukkan memo CEO itu kepada En. Emeer.  Kelihatan kerut-kerut dahinya ketika membaca memo tersebut.  Aku suka melihat reaksi mamat budget hensem di hadapan aku ni bila membaca sesuatu.  Akan keluar segala kerut-kerut di dahinya tu.  Kadang-kadang sempat juga aku membilang berapa baris kerutan yang ada.  Satu hobi baru.

          “Ini kan penghargaan untuk awak.  Datuk nak hantar awak ke konvensyen tu dah kira bagus lah.  Kenapa nak tarik muka lak?” soal En. Emeer. 

          “Err.. bukan tak suka.  Kalau nak diikutkan nak meloncat-loncat saya nak pergi En. Emeer, tapi tengoklah tarikh tu.  Kan waktu tu kita ada Budget Meeting.  Siapa nak handle meeting nanti kalau saya pergi?”

          En. Emeer memeriksa planner yang ada di atas mejanya sambil mengangguk-anggukkan kepala. 

          “Oh, yes betullah.  No way kalau awak tak ada.  Mati kutu saya nanti.  Tak sampai sebulan je lagi ni, arrangement dah start buat ke?” soalnya lagi. 

Menyedari yang Budget Meeting lebih penting kerana melibatkan seluruh Ketua Jabatan, Regional Managers dan Ketua-ketua Ajen serta CEO, En. Emeer mulai sedar kemurungan yang aku hadapi.  Setiap tahun, hanya aku seorang yang akan menguruskan semua keperluan dan persiapan untuk Budget Meeting ini.  Bahagian Pentadbiran hanya akan menguruskan hal-hal pembiayaan dan urusan pengangkutan manakala urusan berkenaan hotel, meeting hall, penginapan, makanan dan kertas kerja serta hal-hal kecil semua aku yang uruskan.  Kadang-kadang ada juga seorang dua junior PA yang sudi membantu aku. 

“Memo saya dah taip, tunggu En. Emeer je sign.  Ada dalam tray.  Hotel, meeting rooms, accommodation dan food saya dah uruskan dengan pihak A’Famosa Melaka.  Kata nak main golf kan lepas tu,” balasku.  Terseringai senyuman tersungging di bibir En. Emeer.  Entah apa yang seronok sangat dengan golf tu pun aku tak faham.

“Ok, I’ll handle this,” ujarnya sambil menunjukkan memo CEO itu.  Aku hanya tersenyum tanda terima kasih.  Sayang En. Emeer.. wow..statement maut tu.  Tersalah keluar dari mulut, saja cari nahaslah.  Mamat ni bukan boleh tersalah cakap sikit. 

“Dah, jom pergi lunch,” katanya sambil menarik tanganku.  Hish, mamat ni dah dapat hobi baru pula.  Kalau tak picit hidung aku, main tarik tangan aku la pula.  Ingat aku ni makwe dia ke nak manja-manja.  Kan aku dah kata, mesti ada saja dia nak mengenakan aku.  Kena temankan dia lunch lagi.  Tak bosan ke En. Emeer oi, pagi tadi mengadap muka aku breakfast, ni tengah hari mengadap muka aku lagi.  Alahai En. Emeer, janganlah buat aku berjalan di awang-awangan.  Kalau jatuh, macam nangka busuk nanti tak ada soft landing.


 Biarlah rindu ini bertapa sendiri di hati..
dalam resah malam bertemankan ingatan terhadapmu...



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

6 comments:

  1. wa...x sabar nak tengok En.ameer meminang ayesha..he.he

    ReplyDelete
  2. hahaha.. we will see..sapa yang kena...

    ReplyDelete
  3. Encik Emeer ni macam suke kat ayesha je...

    ReplyDelete
  4. suka jiwa je nak tarik2 tgn org si encik emeer ni...hihihi...next lak...marathon BCB arini...

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com