Saturday 3 March 2012

Mengintai Bahagia ~ 2





           Hari terakhir minggu orientasi.  Masing-masing sibuk menyerahkan senarai nama yang telah dipenuhkan dengan tanda tangan para senior.  Acam pun tak terlepas.  Nasib baiklah ada juga insan yang bermurah hati membantunya.  Dapat juga dia memenuhkan ruangan tanda tangan tu.  Kalau tak, masaklah Acam dengan denda-denda iringan yang telah disediakan oleh senior.  Nak suruh menyanyi, alahai, takut jadi Ella menyanyi dangdut.  Nak berpuisi, takut pula jadi Zaen Kasturi menyanyi lagu Isabela Search. 

          Dalam pada itu, Acam masih lagi tak dapat menahan rasa hati yang bergelodak dengan peel mamat seorang tu.  Entah apa ke nama dia entah.  Asyik nak potong line je.  Ingatkan sama-sama budak Johor nak lah saling tolong menolong.  Ini hampeh, saling menyakitkan hati ada la.  Si Dzil tu pula, lagi ada peluang, lagilah dia dok suka menyakat si Acam.  Maklumlah, seronok juga melihat ganas si Acam tu bila mencerlunkan matanya.  Mata yang kecil tu jadi besar dan berkilau.  Comel la pulak.

          Sesi terakhir minggu orientasi itu ditamatkan dengan sedikit jamuan dan ucapan daripada facilitator dan lecturer yang terlibat.  Ada juga diselitkan dengan beberapa persembahan daripada freshie.  Acam?  Huh, tak ada maknanya nak join persembahan.  Dapat habiskan senarai tandatangan tu pun dah cukup bagus.  Dzil pula, jangan katalah, bukan main lagi seronok di kelilingi freshie-freshie perempuan.  Maklumlah, muka pun boleh tahan kan.  Jejaka Idaman Malaya.

          “Assalamualaikum” terdengar suara memberi salam.  Lembut.

          “Waalaikumussalam…” jawab Acam lembut.

          Acam memanggung kepalanya sedikit.  Masih lagi berbaring di atas katil sambil melayan novel yang baru dibelinya.  Aku Bukan Mistress karya Acik Lana.  Perghh.. best novel ni.  Dari pagi hingga sekarang, dia masih terlekat dengan novel tu hinggakan nak ke bilik air pun ditahan-tahannya.  Penangan buah tangan Acik Lana, memang mengasyikkan.

          Gadis manis bertudung, ayu sahaja dengan kulit yang agak cerah masuk ke dalam bilik dengan beg pakaiannya.  Acam melemparkan senyuman paling manis.  Wah, dapat roommates baru aku hari ni, bisik hatinya.  Manakan tidak, selama ini dia hanya tinggal berseorangan.  Kadang-kadang ada la juga seorang dua teman sekuliah dan senior-senior yang sekepala datang melepak di situ.  Menghadap Maggie beramai-ramai, sambil sok sek sok sek bergossip cerita-cerita hangat.  Alah, biasalah kalau dan berkumpul tu.  Anyam ketupat apa lagi. 

          “Awak duduk kat bilik ni?” Tanya gadis itu malu-malu.  Eleh, dah aku dok terbaring kat sini mestilah aku dok sini, getus Acam.  Tapi tetap dianggukkan juga kepalanya yang tidak bertudung tu.

          “Baru daftar ke?  Second intake ye?” soal Acam pula. 

          “Aah.. baru daftar.  Saya Roshazilah, panggil Ros dahlah.  Awak?”  Ros memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.  Tangan Ros disambut oleh Acam mesra.

          “Aku .. Puteri Darlina tapi panggil Acam je.  Sempoi,” ucap Acam.  Terkebil-kebil mata Ros mendengarnya.  Manakan tidak, jauh sangat ke laut dua nama tu.  Puteri Darlina, Acam.  Macam tak match je.  Apa-apa jelah, getus Ros.

          “Acam asal mana?”

          “Johor, Ros lak?”

          “Kelantan” balas Ros.

          “Wah.. kelas ko Ros, tak ada slang Kelantan pun,” puji Acam. 

Tersenyum-senyum Ros menerima pujian.  Acam bingkas bangun dari katilnya lalu sama-sama menolong Ros mengemas barang-barang yang dibawa.  Banyak juga barang cik kak ni, getus hatinya tapi tangan masih lincah mengatur buku-buku teman barunya itu.

          “Nampaknya, Ros ni boleh satu kepala dengan aku.  Heh, dah dapat gu ok lah ni,” bisik Acam sendiri lagi.  Tersungging senyuman di bibirnya yang comel tu.

*************

          Minggu ke minggu, kuliah ke kuliah, semuanya dilalui dengan sabar.  Semakin hari semakin banyak assignment yang perlu disiapkan.  Tugas seorang pelajar, belajar selagi mampu.  Bawa pulang kejayaan untuk dikongsi bersama ibu bapa dan keluarga.  Menjadi kebanggaan ibu dan bapa.  Membalas jasa mereka yang bertungkus lumus membesar dan memberi didikan yang sehabis sempurna.  Itu azam Acam.  Itu jugalah azam yang ada dalam setiap diri para pelajar.

          “Acam, jom pergi kantin.  Aku lapar lah,” ajak Ros mencuit bahu Acam yang sedang khusyuk mentelaah buku rujukannya.  Macam-macam assignment yang perlu diselesaikan minggu ni. 

          Walau pun dulu Acam juga mengambil kursus Elektronik di Sekolah Menengah Vokasional Kluang, tapi rasanya subjek yang perlu dihadap di Politeknik Ungku Omar ni lebih dahsyat.  Assignment yang berterabur perlu disiapkan sebelum datelinenya.  Kalau tidak menjawablah.  Ros pun tak kurangnya.  Bertabur atas mejanya assignment-assigment yang perlu disiapkan.  Kadang-kadang diusungnya lukisan plan merata-rata.  Ros pelajar jurusan Kaji Air.  Jurusan yang banyak latihan amali di luar.  Acam perasan juga semenjak dua menjak ni kulit cerah Ros pun dah semakin gelap.  Kesian Ros, tapi tak apalah, nanti dah grad dan kerja lebat incomenya.

          “Jomlah.. letih dah ni.  Mengantuk pun ada tapi perut ni dah wat konsert Goyang Inul ni,” balas Acam lalu menutup buku yang dihadapnya.  Ros hanya tersengeh.  Dia memang suka mendengar ayat-ayat yang selalu keluar daripada mulut Acam yang comel tu.  Acam kalau tak keluar dengan ayat tak boleh blah dia tu, bukan nama Acam lah.

          Masing-masing mengenakan tudung.  T-shirt yang dipakai tadi tidak disalin.  Hanya cover dengan cardigan sahaja.  Itulah pun fungsi sebenar Cardigan. 

          Kantin terletak bersebelahan dengan hostel pelajar lelaki Blok H.  Nak tak nak memang kena juga menggunakan laluan tu.  Acam memang paling tak gemar menggunakan laluan tu.  Bukan sebab malu atau control ayu, tapi sebab tak tahan dengan perangai pelajar-pelajar lelaki yang tak ubah seperti ungka tu.  Tersiul-siul, terjerit-jerit.  Sebijik lah macam yang bergayut-gayut kat zoo tu.  Kalau hantar diorang ni, silap hari bulan yang bergayut kat zoo tu pun nak lari. 

          Baru dua tiga langkah melalui Blok H, sudah terdengar siulan-siulan nakal ungka-ungka di dalam blok itu.  Bingit telinga Acam dibuatnya.  Hati dah terbakar apabila ada suara-suara sumbang yang mengada-ngada apabila terdengar-dengar namanya disiulkan.

          “Peweitttt… peweiiittt…hai Acam..boleh ikut,”  Acam membiarkan sahaja. 

          “Alah, sumbung arr Acam ni.. boleh la..” sekali lagi namanya dipanggil.  Hati yang membara sudah semakin marak.  Ada yang parah ni kang.

          Tiba-tiba Acam mematikan langkahnya sambil mencekak pinggang.  Ros yang berada di sisi sudah mula memegang tangan Acam.  Bimbang dengan apa yang bakal Acam lakukan.  Acam ni bukan boleh kira, kalau dah naik angin nanti tak pasal-pasal dibakarnya blok H tu, risau Ros.  Tahu sangat akan peel panas baran Acam yang memang tidak suka dijentik itu.  Terlebih berani perempuan yang bernama Acam ni.

          “Aper Acam-acam..” sergah Acam dengan wajah yang garang. 

Mukanya didongakkan mengadap ke arah ke tingkap yang terbuka itu. Secepat kilat tingkap paras dua tertutup dengan kuat.  Ros yang berada di sebelah sudah terhenjut-henjut menahan tawa.  Penakut jugak budak-budak ni ye, padan muka.  Acam hanya menahan tawa.  Kalau ikutkan hatinya hendak berguling-guling kat situ juga.

          Selalunya, dia tidak pernah memperdulikan usikan pelajar-pelajar lelaki di blok H itu.  Hendak mengangkat muka pun dia malas.  Hari ni terlebih geram kerana namanya yang disiulkan.  Kalau setakat nak peweitt..peweitt tu lantaklah.  Ros yang tak tahan hendak ketawa, segera menarik tangan Acam menuju ke kantin.  Pecah berderai tawa dari mulut dua gadis itu selepas melepasi Blok H. 

          Di sebalik tingkap, terkekeh-kekeh dua tiga orang pelajar lelaki yang disergah.  Antara mereka siapa lagi kalau bukan Dzil.  Dialah yang menjerit-jerit nama Acam sebentar tadi.  Huishh, itu pun susah betul nak tahu nama budak perempuan tu.  Acam, nama apa macam tu ye.  Boleh tahan garang minah ni, berkata-kata Dzil sendirian.  Kalau aku dapat tackle minah ni, wah, seribu tahun pun tak habis gembira.  Yang susah nak dapat tu lah lebih bermakna daripada yang jeling sekali dah terus melekat.

          “Wei Dzil, minah mana yang ko mengorat tu?” usik rakan-rakan seangkatan yang sama-sama menyakat Acam tadi.

          “Dak Elektronik juga..” balas Dzil.

          “Garang kau, macam singa betina.  Ko tak takut ke?” soal Kudin teman sebilik Dzil.

          “Itu lah adventurenya.  Kalau yang petik jari terus datang tu tak feel,” balas Dzil

          “Tapi budak tu comel jugak aku tengok, putih melepak.  Garang tu garanglah, tomboy sikit, tapi kalau dah pompuan, pompuan gak,” celah Muzzafar yang memang kerap lepak di bilik Dzil.  

          “Aaa.. aku ada nampak satu kali tu budak nama Acam tu kat surau.  Perghh, suci je muka masa tu.  Kalau kau tak dapat, aku masuk line,” kata Hazri yang hanya menjadi pendengar perbualan mereka tiba-tiba.  Tak sangka budak yang sama rupanya garang mengalahkah singa.  Dzil mempamerkan wajah kelat sambil mengacukan penumbuknya.

          “Hah, ko jangan nak potong line ye.  Penat aku usha dak tu dari minggu orientasi lagi,” pintas Dzil laju.  Kata-katanya Dzil disambut dengan deraian ketawa yang memenuhi ruang bilik. 

          Semenjak daripada insiden itu, setiap kali Acam melalui blok H untuk ke kantin, namanya akan kedengaran dilaungkan.  Kadang-kadang membuatkan Acam malas hendak ke kantin, tapi kalau tak pergi jawabnya menjerut perutlah.  Takkan nak melayan Maggie hari-hari.  Esok-esok urat perut pun jadi macam Maggie jugalah.  Ros pun tak terkata hendak melayan keruh wajah Acam setiap kali melalui laluan itu.   Hendak disergah berkali-kali takut dikata meroyan pula.

          Kalau setakat di situ sahaja tak apalah juga.  Hati Acam semakin sebal.  Setiap kali terserempak dengan pelajar-pelajar lelaki yang tidak dikenalinya, ada sahaja yang bersiul-siulkan namanya.  Kadang-kadang dia menjeling juga mencari siapa yang berbunyi tu, tapi pandai pula bersembunyi.  Ini kes lempar batu sembunyi tangan la tu.  Ceh, tak gentleman langsung.  Kalau betul-betul nak mengorat, datanglah depan-depan.  Habis-habis pun kena satu dua das dengan selipar jepun si Acam tu dah kira ok lah.  Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.




Buat sayang2 Kak Yus.. maaf ye n3 utk Mengintai Bahagia ni agak lambat, lately tak sempat nak menaip .. busy tahap gaban.  Harap sayang2 Kak Yus terhibur dengan Acam dan Dzil, maaf utk segala kekurangan.. sudi2 drop komen ye.. tq sayang2.

Lots of luv from Emeer & Ayesha too..
~ Kak Yus ~
3/3/12 .. 9:50pm

  



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

9 comments:

  1. hahahaha...lawak2.. comel je.. hihi~

    ReplyDelete
  2. harrharr.... lawak pun hade . paling x menahan bila Acam marah . aperr acam-acam?!!! hahaha! Gile ganaih . sibuk je dak laki pi gosip2.. eyerk!
    Acik lana pun join sekaki masuk cemeo lam MB .. gehgehgeh ... TERBAIK la Kak Yus!

    ReplyDelete
  3. alaa kak, sikit nyer..kasi r pjg2 lagi..aik, kengkwn dzil tu melampau ek..lom apa2 lg dh nk kacau daun! cet! steady r acam ku..seperti ku terlihat deng saja..hahaha! i loike 1juta kali r.

    ReplyDelete
  4. hehehe.. Acam jgn marah kak Yus ye.. hehehe ..err..Dzil, ok la ni kan.. try my best ye..

    Ayu~ mmg dak berdua tu comel2

    Rin~dak2 lelaki klu nak tau lagi teruk gossipnyer..

    KKK~hehee..leh geng ngan Deng dak Acam ni.. nanti akak kenalkan..hehe

    ReplyDelete
  5. he3x..Dzil&p3 tu mmg sesuai...suke3x..

    ReplyDelete
  6. Garangnya Acam... hihihi... tapi, itu yang Dzil suka iya tak? hihihi... best kak... :)

    ReplyDelete
  7. Best2.. X menahan acam baca bovel acik. Aww... Sweet kak oih. Lap u,muah3

    ReplyDelete
  8. Alina ~ bestkan kisah hidup dewang ni..hehe

    Afifah ~ yang hard to get tu yg selalu seronok nak tackle dear.. baru advanture (tu kata Dzil..hehe)

    Acik Lana ~ Acam tu mmg kaki novel.. sampai la pun tak tinggal.. hehe..lap u too.. >_<

    ReplyDelete
  9. bab awal dah sedap.....sedap mcm biskut ni....

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com