Wednesday 7 March 2012

TEASER Bab 31 --- Biar Cinta Bertaburan






Ketika aku masuk semula ke biliknya, kelihatan tiga orang jururawat sedang menukar pembalut luka di badan Emeer.  Hatiku tiba-tiba dijentik rasa yang sukar dimengertikan.  Tapi, apa yang aku tahu, aku tidak suka pemandangan itu.  Cemburukah aku melihat tangan gadis-gadis itu menyentuh kulit bakal suamiku?  Perlahan aku bergerak ke arah sofa yang berada di sudut bilik.  Mataku masih memerhatikan mereka dan aku dapat menangkap kerlingan Emeer ke arahku.

“Dik, boleh tak akak yang salin pakaian abang ni?” soalku lembut ke arah ketiga-tiga jururawat itu ketika mereka mula hendak menyalin pakaian Emeer.  Ketiga-tiganya tersenyum ke arahku lalu mengangguk.

“Boleh sahaja kak, kecik tapak tangan, Dataran Merdeka tu kami tadahkan,” ujar salah seorang daripada mereka sambil menunjukkan ibu jari kepadaku.  Aku tersenyum lalu segera bangun menghampiri Emeer.

“Abang ni dah boleh mandi ke dik?” soalku lagi.

“Belum boleh la kak, setakat basuh bahagian kaki ke bawah tu bolehlah, luka abang ni belum kering.  Takut nanti kena air, infection pula.  Akak boleh lap-lap saja,”  balas jururawat yang bernama Ada.  Aku mengangguk tanda faham.  Setelah membuang pembalut luka yang telah digunakan, mereka bergerak keluar. 

“Akak pun jangan banyak gerak sangat, Dr. Herda kata akak pun luka kat leher kan,” tegur jururawat yang memakai tag nama Saidah. 

“Aah, tapi sikit je dik.  Terima kasih ye,” balasku ramah.

Setelah ketiga-tiganya keluar, aku menghampiri Emeer yang masih tersenyum.  Iskhh, macam kerang busuk je asyik tersenyum memandangku. 

“Kenapa?  Sayang cemburu ye tengok nurses tu layan abang,” usiknya.  Suka tau usik aku macam tu.  Rasa hendak sahaja aku tepuk mulut nakalnya tu tapi mengenangkan dia terlantar di atas katil tu disebabkan aku, maka aku membatalkan saja hasrat hati.

“Bukan cemburulah.  Tapi tak nak menambahkan lagi dosa awak tu dipegang bukan muhrim.  Cukuplah dengan saya seorang je,” balasku dengan muka yang sengaja aku masamkan.

“Alah.. merajuk ke.  Abang guraulah sayang,” pujuknya.  Hendak ketawa pun ada melihat riak wajahnya tapi aku tahankan sahaja. 

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pastiku rasa
Begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Tahu kau takut kehilanganku
Begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
Ia mengajarku erti setia
Apapun sikap mu aku terima
Asalkan ada kebaikan





~ Teaser Bab 31 ni special n3 Kak Yus utk sayang2 yang merindui Emeer & Ayesha.. alhamdulillah, manuskrip tinggil sikit lagi nak siap, gantung kat part ending je lagi.. akak try wat yang terbaik n boleh mencairkan sayang2 semua..  harap berpuas hati dengan n3 yg sedikit ni ye...

Lots of luv from Emeer & Ayesha
~ Kak Yus ~
7/3/12 -- 6.15 pm










_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

5 comments:

  1. adoiiii rindunya kak..really x saboo ..all the best ye kak:)

    ReplyDelete
  2. tni ~ ala, siannya rindu..nanti akak hapdet lagi pengubat rindu ye..

    Rin~haha..hari ni dah siap..bleh submit akhirnya

    Alina~tq dear

    Anony ~ tq dear..doakan moga segalanya berjalan dgn mudah..

    TQ sayang2 kak yus

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com