Thursday 29 November 2012

Sengketa Cinta ~ 11




“Abang minta maaf, bukan niat abang nak rosakkan hubungan kita.  Lagi pun abang ada bagi tau Dirah kan,”  rendah suara lelaki itu meluahkan rasa kesalnya.  Wajah Dirah yang masam ditenung tepat.  Dia tahu perasaan amarah masih membara di hati tunang kesayangan.

“Memang abang bagi tahu Dirah, tapi bila?  Sebelum abang jadi supir budak tu ke selepas abang jadi supir budak tu?  Itu nasib baik Dirah tahu kalau tak silap-silap hari bulan jadi pak sanggup sekali.”  Ketara, amarah Dirah memang tak boleh disangkal lagi. 

“Abang nak tolong…”

“Tolonglah sangat.  Kalau abang betul-betul nak tolong, kenapa tak abang tolong Dirah, ambil dan hantar Dirah pergi kerja tiap-tiap hari.  Even Dirah tengah sakit ke, demam ke Dirah drive sorang tau.  Tak pernah minta abang hantar Dirah, tapi dengan budak tu senang-senang je.  Dah la tu, berderet-deret nombor telefon budak tu dalam bil.  Syok sangat nak tolong settlekan masalah budak tu?  Hah, pergilah kahwin dengan dia, jangan kahwin dengan Dirah.”

“Apa Dirah cakap ni.  Abang tak pernah ada niat macam tu pun.”

            Bahu Dirah diraih lalu dihadapkan betul-betul menghadap tubuh sasanya.  Wan Aidil resah mendengar butir bicara Dirah.  Pergi meninggalkan kekasihnya itu? Oh, tidak sama sekali.  Sekarang pun hidup bagaikan berada di bawah bayangan derita, apatah lagi jika berpisah dengan Dirah.  Satu-satunya kekasih hati.  Cinta pertama yang akan diikatnya sehingga ke akhir nafas. 

“Cakap memang senang, tapi yang menanggung rasa sakit kat hati ni hanya Allah je yang tahu.”  Kasar Dirah melepaskan pegangan Wan Aidil di bahunya.  Kalau selalu, dia memang suka dimanjakan oleh tunangnya itu, tetapi saat itu dia terasa benci.  Benci mengenangkan kepercayaan yang dipertaruhkan dipermainkan sesuka hati.

“Abang minta maaf..”

“Memang senang minta maaf abang.  Senang juga nak beri kemaafan tapi hati yang rasa dikhianati ni macam mana ye?  Apa abang rasa kalau Dirah tiap-tiap hari hantar officemate lelaki Dirah balik tanpa pengetahuan abang?  Berdua-duaan dengan dia dalam kereta pagi petang siang malam?  Put yourself in my shoes, what would you feel?  Suka?  Seronok?  Boleh ketawa golek-golek bila Dirah datang bagi tahu abang, Dirah nak tolong je?”  Berapi-api soalan yang dilontarkan Dirah.  Wan Aidil terdiam membatu.  Jelas amarah tunang kesayangannya tidak dapat disejukkan dengan pujukannya.  Memang dia yang bersalah. 

            Bersalah kerana tidak jujur dengan Dirah tentang hal itu.  Niatnya untuk membantu namun akhirnya dia menjerat dirinya sendiri.  Inilah natijahnya kalau membuat sesuatu tanpa berfikir panjang dan memandang risiko yang bakal mendatang.  Wan Aidil sudah mati kutu.  Apa lagi yang harus dilakukannya utk memujuk kekasih hati.  Parah.

“Nah, abang ambil cincin ni balik.  Buatlah apa saja yang abang suka dengan cincin ni.  Dirah dah penat nak pakai cincin ni.  Penat nak jadi tunang abang yang abang boleh belit-belitkan dengan macam-macam alasan.  Lepas ni jangan cari Dirah lagi,” tegas Dirah lalu menanggalkan cincin di jari manisnya.  Dirah meraih tangan Wan Aidil lalu meletakkan cincin tunang bertatahkan sebutir berlian itu ke atas tapak tangan Wan Aidil.  Segera pintu kereta dibuka lalu Dirah melangkah satu persatu tanpa berpaling lagi meninggalkan Wan Aidil termanggu-manggu.

            Terkejut.  Terpana.  Apakah ini pengakhir bagi hubungan mereka.  Tidak, aku tidak boleh membiarkan Dirah mengambil keputusan begini, desak hati Wan Aidil.  Segera gear kereta ditukar lalu meluncur laju mengejar langkah Dirah yang semakin jauh membelah kelam malam sendirian.

            Dalam tegas dan nekad, Dirah melangkah laju.  Hati mana tidak terluka dengan keputusan sendiri.  Hati mana tidak sedih mengenangkan hampir setahun cincin yang tersemat indah di jari manisnya itu terpaksa ditanggalkan.  Bukan niatnya untuk menghukum Wan Aidil sebegitu rupa, tapi dia ingin mengajar tunangannya itu agar tidak mempermain-mainkan perasaannya.  Bagi Dirah, kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan atas asas utama dalam sesebuah perhubungan.  Dia percaya, semua wanita di luar sana akan bersetuju dengan prinsip hidupnya.  Ketika cincin itu ditanggalkan sebentar tadi, hati Dirah bagaikan dirobek-robek terus.  Sakit.  Namun semuanya perlu dilakukan.  Inilah sahaja jalan untuk dia kembali menyelamatkan hubungan mereka. 

“Dirah janganlah buat abang macam ni,” rayu Wan Aidil melalui tingkap kereta yang diturunkan.  Namun langkah Dirah semakin laju memaksa Wan Aidil memberhentikan keretanya di pinggir jalan menghalangi langkah Dirah.

“Dirah, abang sayang Dirah.  Cinta abang hanya untuk Dirah seorang, tak ada orang lain.  Mana mungkin abang nak hidup sendiri tanpa Dirah.  Please sayang, janganlah buat abang macam ni, abang rasa berdosa sangat.”

“Dirah bukan sesiapa untuk abang.  Tak penting pun,” balas Dirah masih dalam nada rajuk yang sukar dipujuk.  Keras juga hati gadis bernama Nur Nadhirah ini. 

“Jangan cakap macam tu, sayang.  Dirah sahajalah yang abang ada, separuh daripada nyawa abang hilang bila Dirah nak putuskan hubungan kita.”  Ada genangan air mata bersama luahan kata itu.  Tulus dan terasa jujur setiap kata-kata yang terungkap sehingga memerangkap hati Dirah untuk membenarkan ihsan menular ke setiap sudut. 

            Memang Dirah sayang hubungan mereka, sesekali orang lelaki ni harus juga diajar secukup-cukupnya.  Biar mereka rasa apa yang akan mereka kehilangan dengan perbuatan mereka sendiri. 

            Lama mereka terdiam.  Langkah Dirah terhenti di situ dengan wajah yang masih kusam.  Dirah hanya menunduk lesu namun masih sempat dia mencuri-curi menjeling Wan Aidil yang teresak kecil.  Wan Aidil sudah terduduk di bahu jalan.  Kedua-dua tangan meraup-raup wajahnya yang sudah digenangi air mata.  Tidak peduli langsung jika kereta yang lalu lalang memerhatikannya.  Dia sudah tidak peduli, apa yang dia tahu dia harus mendapatkan semula kasih Dirah.

“Okey, Dirah maafkan abang.  Dirah akan lupakan semua yang terjadi ni dan tak akan pernah sesekali pun Dirah ungkit perkara ni lagi, tapi dengan satu syarat.”

“Hmm, Dirah bagilah sepuluh syarat pun abang sanggup asalkan Dirah tak tinggalkan abang.”

“Tak payah sepuluhlah Encik Wan Aidil, satu ni pun tak tentu lagi awak boleh buat,” perli Dirah mengerling wajah Wan Aidil yang masih sugul.  Mata Wan Aidil terus melekat ke wajah Dirah, menanti syarat yang bakal diwartakan. 

“Syaratnya, apa pun yang hendak abang buat selepas ni jika melibatkan hubungan kita tolonglah bincang dahulu dengan Dirah.  Bukan bagi tahu selepas kerana abang dah tengokkan, apa kesannya.  Boleh abang janji?”

“InsyaAllah, abang janji dengan Dirah.”

“Ingat, bila abang sebut InsyaAllah, abang bukan sahaja berjanji dengan Dirah tapi abang juga berjanji dengan Allah.  Mungkin suatu hari abang boleh terlupa dan sengaja lupa dengan janji abang pada Dirah, tapi Allah tak lupa janji abang pada Dia,” tukas Dirah. 

“Abang janji sepenuh hati.  Abang tak akan ulangi lagi kesilapan abang.  Abang dah cukup derita sekarang ni.”

“Okey, kalau macam tu Dirah maafkan abang.  Ingat, kepercayaan Dirah pada abang dah tercalar jadi terpulang kepada abanglah untuk top up semula kepercayaan tu.”

“Abang akan jadi suami yang baik untuk Dirah.  Kita cepatkan tarikh perkahwinan ye sayang, abang tak sanggup jadi macam ni lagi.  Dah tak sanggup jadi macam orang separuh gila bila Dirah singkir abang macam ni.”

“Yang itu, abang kena bincang dengan mak dan abah Dirah.  Dirah okey aje.”

           
            Tubuh Dirah diraih lalu dipeluk erat.  Cepat-cepat Dirah merungkaikan pelukan lalu lengan Wan Aidil ditampar lembut.

“Heh, siapa yang bagi abang lesen nak peluk-peluk Dirah ni?”

“Erkk.. abang terlupalah sayang.  Excited sangat ni.  Kalau boleh malam ni juga abang nak kita kahwin.”

            Hanya cubitan kecil menjawab kata-kata Wan Aidil yang tak boleh blah tu. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya satu masalah sudah dapat diuruskan dengan baik.  Semoga bait-bait cinta yang disemai dan menjadi mahligai kasih yang hebat.  Itulah, kata orang kadang-kadang kita perlu menjadi kejam untuk menjernihkan semula keadaan.  Kena bijak merancang dan mencari jalan agar tidak tersia masa silam dan hari depan.


Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu

Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan

Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar oh

Pulanglah oh! sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu oh! sayang


(lagu ini Kak Yus tujukan utk semua kesayangan Kak Yus)


*********************************

Salam sayang2 Kak Yus, maaf ye n3 ni sedikit pendek.... tapi Kak Yus harap n3 ni menghiburkan anda..  ambillah sedikit daripada pengajaran yg tersirat di sebaliknya ye.  Cinta, kepercayaan, kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan perlu berjalan seiringan dalam menjalinkan hubungan..  Maaf untuk ketidak sempurnaan.  Sudi2lah meninggalkan sedikit kata untuk membakar semangat kak yus... sayang kamu2 semua..

Sayang Selalu
~ Kak Yus~

4 comments:

  1. menarik dek...tu lh setiap perhubungan tu kejujuran dn kepercayaan adelh tunggak utama dlm melayari kehidupan n lupa kesetiaan gak...nk gggggggg dek teruja akk dek.hehe..

    ReplyDelete
  2. Alamak confuse sikit tetiba citer pasal dirah dan wan aidil. Kalau x silap citer ni pasal azalea dan fayyad kan...disebabkan lama x ada n3 citer ni...jadi lupa jalan citer....nmpknya kena ulang baca pulak ni....

    ReplyDelete
  3. TQ Ruunna Qizbal.. insyaAllah, minggu depan ada lagi..

    Sis Norihan ~ hehehe.. Yus kutip pengalaman sendiri utk bab ini.. moga boleh dijadikan teladan

    Eijan ~ hehehe.. Dirah ni bff Azzalea..kan dia tgh 'perang dingin' dgn tunang dia kat bab2 sebelum ni (lepas balik drp Cherating tu..^^)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com