Friday 31 August 2012

REVIEW BIAR CINTA BERTABURAN & VIDEO CLIP




Salam 1 Malaysia dan selamat tengah hari...


Dah lama tak menulis di sini.. nak hapdet n3 pun tak bergerak-gerak lagi.  Susah bila umur dah semakin meniti waktu asar ni.. asyik tak berapa nak sihat je.. tapi orang kata tak baik merungutkan.. sakit itu tanda Allah memberi dugaan dan dalam waktu yang sama tanda amalan kita diterima..wallahu.  



Ok, hari ni nak share sedikit review yang dibuat untuk Biar Cinta Bertaburan.. review lagi??? Hmm.. review kali ni dibuat oleh adinda Ayumi Syafiqah, penulis novel Kau Pemilik Hati, keluaran bulan Jun oleh Kaki Novel juga.  Kiranya kami ni sebumbunglah.. 



Apa yang membuatkan Kak Yus sangat tertarik dengan review ni..  kerana Ayumi dapat menyelami apa yang hendak Kak Yus sampaikan melalui BCB ini.. dan Kak Yus percaya ramai pembaca dan kesayangan2 Kak Yus di luar sana juga mempunyai pendapat yang sama seperti Ayumi.  Mungkin juga, apa yang ditulis oleh Ayumi ini dapat menjawab persoalan mengapa BCB ditulis sebegitu.. mengapa Kak Yus memaparkan scene-scene yang mendapat kecaman/kritikan hebat .. Bagi Kak Yus, menulis bukan sekadar menulis, menulis adalah untuk membuka mata hati kita terhadap apa yang berlaku di luar sana.. berlaku dalam persekitaran tempat tinggal kita, dalam masyarakat kita dan seterusnya apa yang perlu kita lakukan sebagai saudara mara, sahabat dan masyarakat.  Kak Yus akui, dalam BCB masih banyak kelonggaran, malah mungkin juga benar, penyesalan atas kekhilafan itu tidak ditonjolkan setulusnya.  InsyaAllah, Kak Yus akan lebih menyelami dan mendalami lagi hal-hal begini pada masa depan..



Jom.. kita baca sedikit sedutan review Ayumi ye...



"…. Di sebalik perwatakan Ayesha yang ramah dan riang, dia sebenarnya ada prinsip hidup yang susah orang lain nak faham. Tapi aku faham, Kak Yus cakap, walau macam mana sayang pun kita kat seseorang tu tapi kalau dia dah berpunya, jangalah cuba-cuba nak jalinkan hubungan dengan dia. Tak baik tau bina mahligai bahagia atas tangisan orang lain…

Jadi bila Ayesha tahu Emeer ni tunangan orang, dia pun mula sedar kat mana bumi dia berpijak. Dia bukan siapa2, tak mungkin Emeer akan pilih dia kalau dibandingkan dengan Cik Lyana Arissa yang cun melecun kebabomm tu kan. Tapi dia silap. Rupa-rupanya Emeer cintakan dia lebih daripada segalanya. Ayesha cuba larikan diri daripada Emeer tapi dia tak mampu. Dan akhirnya ….*tuttttttttttttt**

Aku tahu, mesti ramai readers yang akan fikir cam ..”what the hello is this?”. Sabar-sabar.. ada reason tau kenapa Emeer dan Ayesha terlanjur sebelum masanya. Aku tahu, Kak Yus cuma mahu readers salami perasaan Ayesha, kekuatan kasih sayang antara dia dan Emeer. Setiap orang yang dah buat silap itu masih berhak diberi pengampunan kan? Daripada situ kita nampak betapa Emeer ni sanggup bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat kat Ayesha. Dan Ayesha pulak, tak disisihkan oleh ahli keluarga walau pun dah buat silap besar dalam hidup. Masih disayangi dan masih dihargai. Buka jalan untuk dia bertaubat, bukan makin buatkan hidup dia makin susah dan terus sesat. Itu la yang sepatutnya kan? ….."




~~~~  So, apa pendapat anda semua?? Nak baca keseluruhan review ini? Jom klik kat sini .. Review by Ayumi Syafiqah



Di kesempatan ini, Kak Yus nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah pun membeli dan membaca BCB, memberi komen dan membuat review untuk BCB, yang tak komen dan review pun Kak Yus hargai juga.. kesudian anda semua menyokong Kak Yus, sesuatu yang tak dapat Kak Yus balas .. kak Yus bawa bersama Kak Yus hingga hujung nafas Kak Yus ni.



Doakan semoga Kak Yus diberi kesempatan dan peluang serta dibukakan ruang waktu yang luas untuk menyiapkan manuskrip seterusnya.. kerana seriusly, sekarang ni begitu sukar untuk menulis kembali.  Entah kenapa.. setiap kali jari jemari ni menyentuh keyboard bila berhadapan dengan manuskrip.. otak menjadi blank.. hati menjadi tak keruan..  Kalau berterusan camni.. bila nak siap eh.. 





Ok .. ini pula video BCB yang dihasilkan oleh adinda kesayangan kak yus (nama diminta dirahsiakan..hehehe) .. jom layan.. 






Orite.. terima kasih daun keladi, selalu-selalulah singgih sini ye.. Sayang kamu-kamu semua.. kalau bertemu Kak Yus di mana-mana sahaja, tegur-tegurlah.. dan untuk sayang-sayang yang tinggal di area KL / berdekatan Batu Muda.. jom singgah rumah Kak Yus petang esok.. rakan-rakan anak nak datang beraya, so adalah masak sikit-sikit (errr... memandangkan kak yus ni tak terror memasak ye.. jadi jgn expect makanan yg sedap2..hahahahaaa)..

Bagi yang nak singgah tu, inbox Kak Yus di fb (Yusnida Tajudin) atau pun email ye.. ayeshatajudin@gmail.com.

Luv u ols.. very much.




~ Kak Yus ~

Thursday 16 August 2012

Mengintai Bahagia ~ 25


Salam buat semua ... dah lama tak ada entry untuk MB ni kan.. ada yang rindu ke?  Heh, sapalah kak yus ni nak dirindu-rinduan ye.  Okey, maaf ye kalau entry kali ni pendek sikit.. harap dapatlah mengubat rindu pada Acam dan Dzil.. jom..




Tempat pertama yang ditujui tentulah Masjid Jamek Sultan Ismail, yang terletak di Jalan Bakau Condong di Bandar Batu Pahat itu memandangkan ketika mereka sampai di Bandar Batu Pahat, senja sudah pun mempamitkan salam.  Masjid ini sebenarnya terletak di jalan utama bandar, jadi memang tidak menyusahkan untuk singgah mengerjakan solat.  ‘Walau apa pun aktiviti yang kita lakukan, jangan sesekali tinggalkan solat.  Solat itu sahajalah yang mendekatkan kita dengan Yang Maha Esa’.  Pesan ayah Acam sebentar tadi tersemat kukuh di sanubari.  Iyalah, hendak berjalan waima berdating sekali pun, yang fardhu tetap diutamakan.  Kalau hendak dikata susah untuk mengerjakan solat kerana faktor tempat, hish, berlambak-lambak masjid dan surau di negara ni.  Bukan setakat itu sahaja, malah kompleks membeli belah pun dah Islamic juga, banyak disediakan surau-surau kecil untuk para pelanggan menunaikan rukun yang fardhu itu.  Heh, ada alasan lagi untuk meninggalkannya selain daripada kemalasan dan tidak berat…

            Inilah juga kali pertama Acam mengerjakan solat berjemaah di masjid besar itu.  Bukan tidak pernah ke masjid, tetapi sekadar masjid di kawasan perumahan mereka adalah.  Itu pun ketika raya dan ketika ada ceramah-ceramah yang diadakan oleh para ustaz dan penceramah jemputan.  Kalau di Ipoh, memang tak adalah nak pergi sendiri.  Faktor keselamatan juga harus dititikberatkan apatah lagi kawasan rumah sewa agak jauh daripada Masjid Besar.  Keindahan hiasan Masjid Jamek memukau hati Acam, sehinggakan dia terleka sebentar dengan ukiran dan kaliografi di dinding-dinding masjid.  Indah, aman, tenang.  Alunan ayat-ayat lazim yang dilafazkan oleh imam sungguh merdu di telinga Acam.  Jemaah sudah pun mendirikan rakaat pertama solat.  Menyedarinya, cepat-cepat Acam mengambil wuduq lalu menyarung telekung sembahyang yang sedia dibawanya.  Sempat juga dia masbuq. Masbuq adalah gelaran yang diberikan kepada seseorang yang ingin solat berjamaah tetapi ketika itu imam telah pun membaca surah lazim dan ia dinamakan masbuq kerana masa qiam imamnya itu dia tidak sempat.  Ketika Acam mengangkat takbiratul ikhram, imam baru sahaja hendak menghabiskan ayat lazim daripada Surah Al-Araf, surah yang menceritakan tentang godaan syaitan kepada Adam dan Hawa serta anak cucu mereka.  Surah ini berkisar tentang aurat dan sumpah palsu yang akan menyesatkan manusia daripada landasan ke syurga.

***********************

            Setelah mendengar sedikit tazkirah, Acam mengundurkan diri daripada ahli jamaah yang masih tekun mendengar sambungan kuliah oleh penceramah jemputan yang hadir pada malam itu.  Bukan tidak mahu terus mendengar, tapi risau pula akan terlewat pulang sedangkan dia dan Dzil datang ke BP Walk itu pun hendak mencari sesuatu.  Senyuman meleret Dzil menyambut kehadiran Acam, berbunga-bunga hati jejaka itu melihat seri wajah gadis idamannya sesudah solat.  Memang berseri kesan wuduk yang sempurna.  Kesempurnaan itu tidak mustahil jika kita berusaha mendapatkannya.  Pandangan matanya tetap melekat di wajah Acam yang bersih tanpa sebarang bantuan alat solek. 

“Okey, dah boleh kita bergerak ke?” soal Dzil yang masih tidak lepas memandang wajah Acam sehinggakan gadis itu tersipu-sipu.

Acam menggangguk dan akhirnya bersuara, “Terima kasih ye awak bawa saya solat kat sini.  Tak pernah tau datang sini.  Nama je orang Batu Pahat, tapi memang tak pernah jejakkan kaki pun kat sini.”

“Kasih awak saya terima…,” jawapan Dzil bernada jenaka.  Sengaja suka nak mengusik gadis di hadapannya itu.  Sudahnya, jelingan maut yang diterima.  Jelingan maut pun mautlah, yang penting hati sudah ada taman.   Bukan taman rimba, yang itu bahaya ada segala makhluk buas.  Ini taman rimbunan bunga macam taman orkid kat Tasik Perdana tu. 

“Saya selalu juga datang sini.  Abahkan imam, selalu je ada jemputan ke sini bila-bila ada majlis ceramah, jadi I followlah,” balasnya meniru kata-kata Salleh Yaakub, pengacara I follow tu.

“Wah, bertuah awakkan.  Rajin juga awak ye,”

“Rajin tu taklah rajin tapi kadang-kadang bila balik sini kesian juga tengok abah drive sorang-sorang.  So, saya temankan abahlah, merangkap pemandu sekali,” terang Dzil sambil membuka pintu kereta untuk Acam.  Satu lagi habit baru yang Acam perhatikan, buka pintu kereta untuknya.  Hmmm, sampai bilalah agaknya habit tu boleh bertahan ye…


            Kereta dipandu perlahan meninggalkan perkarangan Masjid Jamek.  Memandangkan malam itu malam hari bekerja, maka tidak sesibuk mana keadaan pekan Batu Pahat.  Mudah pula Dzil mendapatkan ruang parkir di hadapan deretan kedai di BP Walk yang terang benderang dengan deretan gerai yang menjual berbagai makanan dan barangan.  Dalam tak ramai tu, sesak juga dengan lautan manusia yang bermacam-macam peel.  Tempat pertama yang disinggahi sudah tentu kedai kasut.  Menjejakkan sahaja kaki di kedai kasut itu, Acam sudah terpandang sesuatu yang sungguh menggeletek hatinya.  Apakan tidak, yoyo oo je tuan kedai meletakkan satu poster kecil yang bertulis ‘HARGA BOLEH BODEK’.  Hish, macam ni punya promosi pun ada.  Kalau tak ada orang di situ, mahu rasanya Acam tergolek-golek ketawa tapi iyalah kan, dah nama pun kat kedai, tentu-tentulah ramai pelanggan di situ.  Nanti kalau dibuat aksi macam tu dikata meroyan pula.  Sudahnya, tersengih sahajalah melihatkan poster kecil itu. 

“Heh, tak boleh blah betul toke kedai ni, harga pun boleh bodek.”  Acam menoleh ke arah Dzil apabila mendengar teguran itu.  Heh, dia ingatkan Dzil tak perasan tadi, rupanya Dzil pun nampak juga. 

            Kedai kasut itu dipunyai oleh sepasang toke Cina yang sudah agak berumur.  Pekerja-pekerjanya terdiri daripada beberapa orang anak perempuan Melayu dalam lingkungan umur awal dua puluhan.  Rajin mereka ni bekerja sehingga malam.  Memang ada ketika kedai-kedai di kawanan BP Walk ini akan tutup lewat kadang-kala sehingga melepasi jam dua belas malam.  Selalunya di musim-musim perayaanlah.  Huluran kasut Dzil yang hendak ditukar disambut oleh salah seorang pekerja kedai itu.  Tangkas sekali gadis itu bekerja, dalam masa lima minit sahaja kasut yang baru dibawa ke hadapan Dzil.  Setelah berpuas hati, mereka meninggalkan kedai kasut itu dengan senyuman manis.  Yang seorang tu senyum meleret kerana berjaya menukar kasut yang dibelinya, yang seorang lagi tu pula senyum tak hengat sebab dapat kasut baru.  Orang nak belanja, sapu ajelahkan.

            Langkah mereka laju meredah gerai-gerai yang berderet di situ.  Sempat juga mereka singgah jamu mata di gerai-gerai yang menjual berbagai barangan yang menarik.  Melihatkan makanan enak-enak yang dipamerkan di gerai-gerai makan yang berderet tu, perut pun apa lagi, mulalah buat orkestra.  Ini bukan orkestra biasa, ini orkestra pimpinan Datuk Ramli MS woo.  Acam hanya mengekori jejak Dzil yang jauh meninggalkan gerai-gerai makanan yang ada di situ.  Entah ke mana sahajalah mamat ni nak bawa, getus Acam sendiri.  Ikutkan sahajalah. 

            Langkah mereka terhenti di sebuah gerai yang memang ramai pelanggannya.  Kalau dengar daripada percakapan mereka, gaya bahasa Singapura pun ada.  Iyalah, memang BP Walk ni terkenal di kalangan pengunjung-pengunjung luar seperti Muar, Kluang, Melaka malah Singapura pun.  Gerai yang mereka tujui itu ialah gerai Sup Sitam yang terletak di hadapan bank HSBC berhadapan dengan Pejabat Pos Batu Pahat.   Memang gerai ini menjadi port Dzil dan abahnya jika ke pekan Batu Pahat.  Tuan Haji Sitam, pemilik gerai itu memang kenal sangat dengan abah Dzil.  Dah jadi pelanggan setia pun.

            Sementara menanti pesanan tiba, mata Acam ralit mengerling ke arah mangkuk-mangkuk sup yang berada di atas meja bersebelahannya.  Hmm.. memang nampak tempting pun.  Dahlah gedabak besarnya mangkuk tu, isi kat dalamnya pun sikit punya banyak.  Memang nasib ko lah labu, sendawa kekenyanganlah nanti.  Jangan balik nanti bertukar jadi zasssssss si ular sawa sudahlah, melingkar je atas katil tak bangun-bangun.  Heh, tak boleh blah betul apa yang bermain di benak Acam.  Sempat lagi nak fikir macam-macam.

“Nak tau, sup kat sini memang marvelous.  Terkenal seantero Batu Pahat tau.  Kalau kat KL tu, Sup Melatop kan yang famous tu, hah kat sini Sup Sitam nilah,” ujar Dzil memecah kesepian antara mereka.  Sudah lama dia memerhatikan sahaja tingkah Acam melalui ekor matanya.  Suka melihat gadis itu memerhatikan sekeliling.  Iyalah, memang Acam tidak pernah keluar malam pun.  Kiranya dia orang yang paling bertuahlah dapat memikat hati ayah Acam memberi keizinan membawa Acam ke BP Walk tu.

“Oh ye ke, saya tak tau pun.  Selalu kalau turun ke rumah kakak tu, tak pernah pula dia bawa ke situ.  Asyik makan kat area USJ tu je,” celah Acam.

“Kakak awak duk kat mana?”

“Sunway, kawasan perumahan yang berhadapan dengan Sunway Piramid tu.  Dulu sebelum Sunway Piramid tu ada, kat situ tak adalah sesak sangat, sekarang ni, tak larat nak duduk lama-lama kat sana,”

“Ooo, patutlah.  Jauh Cheras tu dengan Sunway.  Tak apalah, nanti bila saya dah ada kereta, saya bawa awak ye,” janji Dzil disambut dengan gelak kecil Acam.

“Iyalah tu, bila agaknya awak nak dapat kereta tu kan,” usik Acam.  Alahai, mulut cabul la pula, bisik Acam sendiri.  Pepandai je nak usik mamat di hadapannya itu.

“Tak lama dah, tunggulah grad aje nanti terus saya kerja.  Kumpul duit sikit-sikit, dapatlah,” balas Dzil yakin dengan dirinya, “dan awaklah orang pertama yang saya akan bawa dengan kereta tu nanti,” sambungnya lagi.   Kata-kata akhir Dzil mengundang rasa sebak di hati Acam.  Begitu istimewakah dirinya di hati jejaka itu…

            Pada awalnya, kedua-duanya hanya memerhatikan pesanan yang dihidangkan di atas meja.  Namun, selepas lima minit, dah tinggal separuh sup di dalam mangkuk dan roti yang dihidangkan bersama pun dah tinggal beberapa keping.  Hilang segala control macho dan ayu, masing-masing dah tak tahan godaan bau harum semerbak sup di hadapan mereka.  Memang terbaeklah.  Hilang rasa malu segala apabila dapat menikmati hidangan seenak itu.  Heh, kalau mertua lalu kat depan pun tak tentu lagi angkat kepala.  Silap-silap haribulan mertua pun join sekaki!




            Melihatkan jam sudah menginjak ke angka sepuluh malam, mereka mula beredar meninggalkan BP Walk.  Sempat juga Dzil memesan empat bungkus sup campur, dua bungkus untuk keluarga Acam dan dua bungkus lagi untuk mak dan abahnya di rumah.  Inilah contoh anak yang baik, sentiasa mengingati kedua ibu bapa, teringat Acam kepada tazkirah penceramah di Masjid Jamek tadi tentang Anak Derhaka.  Rugi juga tak sempat dengar sehingga habis, topic yang sungguh bagus didengar.

            BP Walk yang masih sibuk dengan deretan manusia yang masing-masing sibuk memenuhi kantung makanan dengan hidangan yang enak-enak telah jauh ditinggalkan.  Ini bermakna, waktu yang dihabiskan bersama juga semakin berakhir.  Tak banyak yang dibualkan sepanjang perjalanan pulang, lebih kepada menikmati keindahan pemandangan malam dan menikmati kesunyian yang terbentuk di antara mereka.  Entah kenapa, lidah menjadi kelu seribu bahasa.  Kalau kat laptop ke, handphone ke, bila lidah kelu seribu bahasa, jari jemari pula lincah memintal kata.  Ini bila dah face to face, takkan nak guna bahasa isyarat kot.

“Okey awak, terima kasih sudi temankan saya,” ucap Dzil setelah mereka keluar daripada perut kereta yang diparkir di hadapan pagar rumah.  Kelihatan kedua-dua orang tua Acam muncul di muka pintu menyambut kepulangan mereka.

“Terima kasih juga untuk awak, belanja saya makan tadi.  Dah tu siap tapaw la pula.”  Dzil hanya membalas dengan senyuman lalu mengorak langkah menuju ke arah En. Daud yang menghampiri pagar.

“Pak Cik, terima kasih ye izinkan saya bawa Acam keluar.  Senang-senang datang rumah ye pak cik.”  Lembut suara Dzil menegur ayah Acam.  Huluran tangan disambut.

“Nanti kirim salam kat abah ye.  Ha, bawa kereta elok-elok, dah malam ni,”  balas En. Daud ramah.  Kata-kata itu penamat bagi perbualan mereka. 

            Acam menghantar kepulangan Dzil dengan sebuah senyuman yang sukar hendak dikikis daripada bibir comelnya itu.  Hati seakan tersentuh dengan sikap jejaka yang bernama Dzil, yang selalu mengganggu ruang fikirnya.  Entah, apalah agaknya yang istimewa tentang jejaka itu, hanya hatinya sahaja yang tahu jawapannya.



***************************

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta


Selamat Membaca sayang2 Kak Yus, semoga terhibur.  Maaf untuk segala kekurangan (mood Ramadhan masih tepu..hehe), sudi2lah drop komen ye...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Salam sayang teramat sayang,
Kak Yus.

Sunday 12 August 2012

Biar Cinta Bertaburan .. Indahkah atau sebaliknya




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua kesayangan Kak Yus yang sudi menjengah dan singgah sebentar bertamu di laman Kak Yus yang hampir nak bersawang ni.. Maaf ye sayang-sayang semua, waktu yang amat terhad di bulan Ramadhan ni membataskan segala aktiviti menulis Kak Yus ditambah pula dengan WB yang sedang dialami sehinggakan bab-bab seterusnya Acam & Dzil serta Fayyad & Azzalea seakan-akan terbiar begitu sahaja.

Sebenarnya hari ini, Kak Yus ingin meluahkan rasa gembira dan terharu dengan sambutan yang diberikan kepada Biar Cinta Bertaburan…  Sedikit perkongsian di sini bagaimana cerita itu lahir.

Sebenarnya, BCB lahir daripada sebuah mimpi yang mengganggu lena Kak Yus.  Mimpi tu sangat menyayat hati, kerana penggakhirannya bukanlah seindah nasib Ayesha.  Berlandaskan mimpi itu, Kak Yus cuba menggarap sebuah kisah, dicampur dengan pengalaman diri serta orang-orang yang berkaitan dengan Kak Yus.  Namun, Kak Yus tidak sampai hati untuk menoktahkan kisah ini dalam kedukaan kerana sedar, setiap pembaca inginkan sebuah kisah indah untuk dikenang bersama.  Bersama BCB ini juga, Kak Yus cuba berkongsi sedikit ilmu yang Kak Yus perolehi dan Kak Yus ingin memaparkan perasaan kasih sayang yang tidak mengenal erti lelah, sukar dan dugaan.  Di mana ada rasa cinta dan kasih itu, di situlah ada sinar bahagia. 

Kak Yus cuba memperlihatkan ikatan utuh sesebuah institusi kekeluargaan, menerima setiap kesilapan dengan hati yang terbuka, bukan menghina, bukan menyisih tetapi memberi kasih dalam menyedar dan membuka laluan kembali ke pangkal jalan.  Kak Yus juga cuba untuk memberi timbal balas dalam setiap perbuatan.. jika sesat dan tersasar, masih ada jalan pulang.

Pada saat BCB mula berada di pasaran, Kak Yus dihantui rasa gementar dan takut.  Takut penerimaan semua terhadap BCB.  Kak Yus akui, BCB bukanlah sebuah novel yang perfect.  Masih banyak yang perlu kak Yus perbaiki.  Masih banyak kelonggaran yang perlu kak yus penuhi.  InsyaAllah, kak yus akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik pada masa depan.

Ini adalah antara komen-komen dan review yang kak yus terima sepanjang BCB berada di pasaran sehingga hari ini.. Bukan untuk menyedapkan hati atau menunjuk-nunjuk, tapi sekadar mengabadikan semua luahan ini di sini selamanya.. agar suatu hari nanti, andai terpejam mata ini, kata-kata ini menjadi pendorong dan semangat buat anakanda kak yus dalam meneruskan langkahnya yang baru sahaja hendak bermula… (sob..sob.. setiap kali membaca komen/review ini hati k.yus menjadi sangat2 sayu..)

 *****************

“dh selamat khatam Biar Cinta Bertaburan..kredit 2 akk Yusnida Tajudin..best sgt2 akk cter 2..bahasa yang simple tapi mampu membuai hatiku..hee..sgt ske dgn sifat emeer y romantik bangat..nice story..good job akk..^_^”

“cari biar cinta betaburan kat kedai buku... duduk bangun pusing2 takda pon? then t'nmpak nama kak yus besar2 kt novel baru perasan part best seller tak tengok lg :) * dalam hati kata ouh dah jadi best seller rupanya novel kak yus :)


“baru jer selesai membaca BCB.. love the ending. tahniah kerana yus dh berjaya membuat akak tersenyum sorg2..... soalan cepumas bila nak sambung mengintai bahagia.. rindu la kat si acam n dzil..

“Salam, taniah kak, BCB best.. not bad.. mula2 rasa pelik mcm mne ayesha blh hanyut tpi bile pikir2 blk.. dia pun manusia kn.. ayesha untung bile keluarga emeer n kawan dye still support dye... dan nasib baik skjp je emeer kne sihir klu x kcian kt ayesha... Alhamdulillah happy ending..hehehe... overall cerita yg menarik, penuh pengajaran and nasihat... good job..

“Salam Kak Yusnida Tajudin...Da abis da bce novel akk..jln cerita y best sgt...mcm kisah sy jer...tp version len cikitla...hehehe..tahniah tok akk..novel y t'baik bg sy...10**”

“kak yus dah baca BCB astaga romatiknya cita ni ahahaha apapun adik bagi 5star ok hehehe

“Best sgt novel akak nih...x puas baca.Syabas akak krn berjaya hasilkn novel yang byk bagi pengajaran dan tauladan.Tp nape akak x cite nasib Nouren slps dia buat jahat kt Emeer 2.

“Assalamualaikum kak yus....sy dh abes bce BCB...sgt2 ske ngan emeer...oh my, romantik sgt2...bg sy the hole story BCB dh d garap dgn begitu sempurna....jalan cite tsusun..mula2 saspen ingtkn lyana 2 jahat rupenye dye pon xske d tunangkn ngan emeer..skt hati ngan noureen, mencik ngan ash...kranya BCB mmg sgt2 best...sy bg full star 10*...good job kak yus...like bjuta2 lemon =)”

“akhirnya tamat jugak Biar Cinta Bertaburan- Yusnida Tajudin....cerita nie best sebab konflik yang berlaku lain dari yang lain...i loves it...so full marks 5*/5*.....suka Emeer yang romantik......best....cuma...part dia terlanjur tu...macam kosong....tak ada apa yang berlaku....selamba je...ingatkan ada part yang diorang buat solat taubat ke....tapi yang paling pu3 suka...Emeer betul2 nak bertanggungjawab cuma lambat sebab Ayesha masih ragu2...walau apa pun yang belum beli cepat dapatkan...best tak rugi baca....”

“terbaikkla kak....x puas baca..nak kena repeat lg sx..BCB OH BCB..:)

“--------> pu3 baca novel nie sampai tertidur.....maybe novel nie best sangat so termimpi-mimpi berjumpa dengan kak Yus....seperti real....siap ambil gambar lagi...TT lagi...peluk ketat2 lagi...nie nak kena sambung balik baca nie....kalau sepatutnya dah habis tadi...pu3 lengahkan sebab sayang nak habiskan....errr kak yus....kenapa kena settle kat mahkamah bila semua rahsia terbongkar ya...pasal family Emeer....sebab nak tukar nama ayah ke kat hujung tu.... “


“best2x......sgt...ending yg baik...hihihi hepi...sy respect K.Yus sbb dia open dlm 18sx..especially bila time berdua2an..of coz something will happened. Jarang laa penulis nk tulis adegan dh hilang dara mesti nk buat watak couple tu kuat imannya bleh control laa konon. Logiknya, bila lelaki dan perempuan duduk berdua susah nk kawal nafsu dan x sah x tumbuh tanduk hihihi...mustahil...mesti akan ternoda...apapun salute si Emeer sbb dia bertanggungjawab ngan Ayesha...i like!”


“Akak Yusnida Tajudin, saya dah baca BCB... mmg besh koyt.. tp saya kasi 4.5 bintang.. sebab apa minus 0.5 ialah sbb nama heroin si Emeer tue bukan Faradina Azlin Azahar... hahaha.... okek.. serius2... Dina cuma ralat skit sbb tyme konflik ngan kewujudan noureen tue x dipanjangkan lagi... pastu x tau plak apa yg jadi ngan si noureen so rasa x pueh skit.. hahaha.. tp bab2 sebelum tue semuanyer superb.... mmg macho habisla si Emeer nie.. gile bayang sat jadinyer... and semestinyer semalam tidurku memeluk Emeer... i lioke... muah2 and congrats for a marvelous copy of BCB... heart banyak2... ...pssst.... thank you for brigthen my day today... <kunun mimpikan Emeer semalam?> haha

“salam. Kak Yus.. wlpn lama dh join group ni, bru ad ksempatan bc BCB.. td p shopping brg raya then masuk kedai buku. dk maen masuk keluar kdai. kejap pgang BCB, kejap letak. kejap ambik. dsebabkan hny ad rm20 shj dlm purse. last2, xsgup nk tahan godaan, beli jugak akhirnyaa.. dh lm nk beli tp duk simpan duit beli brg2 raya. hee.. bc pukul 2 td, ni baru habis. sgt2 best citer akak. sempoi, sweet, romantik, sedih pn ada. cukup perisa.. Generated by SocialSay


“As`salam kak Yusnida Tajudin..sy dah abis baca BCB..aduhhh kak smpai skrg nie x boleh stop senyum lg nie kak yus.x puas baca BCB nie kak yus..rasa syg sgt nak abiskan...dah jatuh cinta dgn Emeer Zafran nie...:)”

“Sudahku khatamkan BCB...heppy ending, romantika, and x byk konflik.  best... caya lah kak Yusnida Tajudin..buat lagi taw..hehehe

“Assalamualaikum Kak Yusnida Tajudin..akhirnya Fiza sudah habis baca BCB akk dalam masa 1 hari..nk kate jatuh cinta ngan MR Emeer..errmmm mmg jatuh cintaaaa..hehehe...terus terang Kak Yus..Fiza mmg ssh..sukar nk baca novel² dr penulis baru..tp..bila baca BCB akk....cerita yg santai..bahasa yg digunakan seng d fahami..congratulation kak..akk berjaya masuk dalm list penulis fav Fiza..teruskan usaha kak..Fiza akan tunggu novel ke 2 akk..tahniah..tahniah...”


“BCB mmg da best... Congrats kak Yusnida Tajudin... Mmg fall in ngan Emeer yg sgt romantik & caring... :)

“salam kak Yusnida.. sya dah hbis bca BCB.. mmg trbaik la.. best sgt.. hero mmg superb.. ssah nak jmpa laki mcm tu dah skang.. dapat madu sepah dibuang.. but Emeer sgt brtanggungjawab n so romantic(dah trpikat ngn Emeer nie).. fmily Emeer pown open minded.. mmg salute la utk wtak2 dlam BCB nie.. 1 more thing kak yus jga x lpa utk slitkan zikir2 harian yg sring kta lpakan skang.. thanks kak yus krna mmpringati adkmu yg sllu alpa nie dgn nvel BCB.. salam syg dri adikmu yg cmel.. hehehe.. truskan brkarya kak yus.. we always support you.. do da best.. chaiyok! chaiyok!..”


“alam..saya dah baca bcb sampai bab 22..setakat yg saya baca saya suka..lebih2 lagi kat dalam tu ada nama MIMI (walaupun pekerja butik) ada perkataan SAYANG KETAT-KETAT (dialog yg di ucapkan oleh adib) ekeke..saya sukaaaaa..lepas tu ada nama AUNI jugak (tiba2 teringat pada penulis auni amauni) dan yg paling menyentuh hati apabila emeer menunjukkan keprihatinannya yg telus terhadap ayesha ketika gadis itu sedang mengandung walaupun tanpa ikatan perkahwinan yg sah. mana nak dapat lelaki macam tu weh?? sekarang ni banyak yg dayus je..touch n go..huh..! err.. kak yus..setakat yg saya baca sampai bab 22 ni, saya bagi 5 star! sangat suka dengan gaya penulisan kak yus..sangat menepati citarasa saya yg susah sangat nak baca novel orang lain..kihkih


“Assalamualaikum kak Yus. baru sahaja habis menamatkan bacaan untuk novel BCB. serius, sangat best! tahniah buat kak Yus. sepanjang baca saya senyum aje. hihihi. Nampaknya dah jatuh cinta pada Emeerlah kak. hahaha. giler romantik. maaflah Dzil tercurang sikit. hihihi. Saya suka jalan cerita, cara olahan dan penceritaan yang kak Yus tulis. saya dapat rasa setiap apa yang kak Yus cuba sampaikan. element kekeluargaan yang begitu kukuh. suka sangat. jujur sedih rasanya apabila sudah jumpa perkataan tamat. rasa sedih mahu tinggalkan Ayesha dan Emeer. thanks a lot kak Yus untuk cerita yang superb ni. semoga kak Yus akan sukses untuk novel seterusnya. saya menantikan buah tangan seterusnya dari kak Yus.” 

^__________^....

 Ini pula Review  daripada Adinda Rinsya Chasiani:

Dah baca BCB , ok RIn nak kasi review serba sedikit. hehehehhehehehe.... *gelak keji*

pertama-tama, tahniah kak yusnida sebab dah berjaya lahirkan baby nma BCB, ayesha sorfina ni nama anak kak yus, kan?

First baca, wala, aku paling takut dngan pakwe muka garang. solutela dngn Ayesha selamba je dngan Emeer tu. 
Dah baca, emeer ni berani pulak buat awek cuit-cuit hidung sebelum kahwin. sangat realistik la sbb sekarang ni rin tengok kawan2 sendiri ada je yg buat mcm tu.. *alamak*.

n Emeer nampak sngt dia syg kat ayesha dri mula, tengok dia mcm susah hati bila ayesha hilang, n terus cari n smpai terehem-ehem... err?
Dahsyat jugak ayesha nih ... hak3 . tpi tu la masa hangat berchenta bnyak je kat luar sana tu terlanjur smpai terkeluar anak luar nikah.. sngt baaanyaaaakkk... yg gugurkan anak pun bnyak. tpi Ayesha bernasib baik encik emeer nak bertanggungjawab. (even ayesha takmo)

Lepas kahwin serius jeles dngn ayesha sbb pakwe gila caring. manja satu hal mcm anak kucing.. 

Tpi yg rin terkejut, tersentak, ternervous tu bila emeer tiba2 tak layan ayesha sdngkan ayesha dh ngandung dah. suspen makngaihhh.. ingatkan dia betullah tak syg ayesha. 
sedih kut. kesian ayesha tiba2 dia tak layan mcm tu walhal sebelum ni memang dia syg nak mati si ayesha. 

Bila ayesha pun dh pegi rumah makmentua dia, ingatkan akak nak kasi penyiksaan kaw-kaw kat emeer. rupanya, kasih-syg yg akak nak tonjolkan kat sini. kasih-sayang yg emeer ada untuk ayesha biar apa pun yg terjadi. kita dpt rasa utuhnya kasih-syg emeer-ayesha ayesha-emeer. 

tahniah kak yus, BCB memperlihatkan realiti zaman sekarang... biar pun err, tengah posa2 ni , adala ayat tak boleh blah mcm 'i want you' 'no that i dont want you but you r not fit' <---main belasah ayat tak ingat sngt dah, tapi ternyata taklah terlampau dahsyat. just sweet-sweet dan hangat je. hahahaa.

 Berkali-kali pun, bila habis je baca komen-komen dan review-review yang kak yus terima, sekotak tisu pun rasanya tak cukup.  

Bagi sayang-sayang yang komen dan review kak yus tak masukkan di sini, pohon kak yus kemaafan ye.. tak sempat nak copy paste semuanya.  Bagi yang sudi nak komen lagi, boleh aje komen kat ruangan komen di sini.  

BERSEMPENA  dengan Syawal yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi, Kak Yus mengambil kesempatan ini menyusun 10 jari andai selama perkenalan kita sama ada di alam maya atau di alam nyata.. terdapat salah dan silap, terlanjur bicara, terkasar tutur kata atau terover dalam menghiburkan semua.. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin.

Bagi yang akan memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya.  Bagi yang beraya di perantauan, tak kira di mana kita berada ikatan kasih tak pernah akan luput. Sampaikan salam kak yus buat keluarga anda semua, semoga lebaran disambut dengan meriah..


 (maaf ye.. ejaan Persahabatan tersilap ..heheeehee)



Salam penuh kasih sayang...

Yusnida Tajudin & Keluarga.


********************************


Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh
 

Blog Template by YummyLolly.com