Tuesday 25 September 2012

Mengintai Bahagia ~ 26




Begitu cepat putaran waktu berlalu, pejam celik sudah hampir tiga bulan pengajian Acam di Politeknik Ungku Omar tamat.  Rakan-rakan serumah masing-masing membawa haluan kehidupan mengikut laluan yang berbeza.  Ada yang terus pulang ke kampung halaman, ada pula yang seronok pergi bercuti melepaskan tension setelah bertahun belajar dan ada yang tak kurang juga tinggal di Ipoh mencari pekerjaan sementara.

Berbulan di rumah, Acam mula merasa bosan.  Iyalah, kalau selalu tu pagi-pagi dah menghadap rakan-rakan tak pun ke kelas serta assignment yang berlambak.  Ni pagi-pagi asyik dok mengadap dapur, pinggang mangkuk dan periuk belanga.  Ibu kata belajar mengenal dapur dan bercinta-cinta dengan semua peralatan yang ada di dapur.  Esok-esok bila dah menjadi menantu orang tak adalah tak kenal sudip dan senduk.  Hek eleh, pepandai je ibu tu kan nak cakap macam tu, macamlah kat sekolah tak belajar semua tu.  Lagi terror tau, kat sekolah siap belajar kata kerja khusus lagi tentang memasak dalam subjek Bahasa Malaysia Pemahaman.  Ibu nak apa, suruh mencelur, menumis, menggoreng, menyangai, hah, semua Acam dah terror.  Itu pun sebut dan tulis ajelah.  Acam tersenyum sendiri.  Alah, dalam hati ajelah nak mengutuk semua tu, kalau kat depan ibu tak berkutik pun nak keluar suara.  Bukan takut, tapi tak nak ibu membebel dua hari dua malam tak henti.  Kalau tak bernanah telinga, mahu muntah hijau dibuatnya.

Permohonan kerja di Penang telah pun dihantar.  Semalam sajalah mengada-ngada melayan Encik Google mencari kerja kosong.  Tertangkap pula dek mata Acam kerja kosong yang ditawarkan di Penang.  Kalau dapat, bagus juga tu.  Tak adalah bosan tahap gorgon duduk di rumah apatah lagi semenjak pengajian tamat, Dzil pun sudah jarang menghubunginya semenjak mendapat pekerjaan di Melaka.  Mungkin di peringkat awal pekerjaan, kesibukan menyesuaikan diri tu membataskan waktu Dzil untuk berhubungan dengannya.  Bukanlah tidak ada langsung bertanya khabar, tetapi tidak seperti biasa bergayut setiap malam.  Keterbatasan itulah yang membuatkan hati dan jiwa Acam dibuai rindu pada mamat seorang tu.  Qaid pun macam menghilangkan diri juga.  Eh..eh.. Acam mengetuk kepalanya sendiri.  Lupa pula yang Qaid tak ada kat bumi Malaysia ni.  Dah seronok mamat tu berjalan serata dunia.  Khabarnya kali ini Qaid dihantar ke Qatar pula, menimba sedikit ilmu di sana.  Lama juga, lima bulan di sana katanya.  Memanglah haru, tak adalah orang nak jadi tempat mengadu.  Bukan tak ada rakan perempuan, tapi rasanya mereka pun dua kali lima je seperti Acam, masing-masing pun tengah blur.

“Acam, ayah rasakan elok kalau kamu sambung belajar lagi.  Tak payahlah nak kerja dulu, sambung diploma pula,” saran Encik Daud memecah keheningan suasana.  Tangannya mencapai sudu lalu menyudu kuah asam pedas ikan pari yang dimasak Acam untuk hidangan tengah hari itu.

            Acam terkedu.  Diam tidak berkata apa-apa.  Tekaknya seperti terlekat sesuatu yang menyekatnya untuk bersuara.  Tengah hari itu, ibu dan ayah pulang untuk makan tengah hari di rumah, lagi pun ibu akan menyambung tugasnya on call malam itu.  Ayah pula sering pulang lewat malam akhir-akhir ini kerana kesibukan dengan hal-hal politiknya.  Adik-adik masih belum pulang dari sekolah.

“Betul kata ayah tu, sambung belajar ajelah.  Kalau ada diploma tu tinggi sikit tangga gajinya bila bekerja nanti,” sambung Puan Radziah menyokong usul suaminya.  Matanya mengerling ke arah Acam yang masih diam tidak berkutik.

“Err, Acam ingat nak ambil kat Politeknik juga la ayah tapi lambat sikitlah,” akhirnya Acam membalas saranan mereka.

“Kalau Politeknik tu lambat sangat.  Ni ha, kawan ayah ada kat Twintech Kolej kat Kuala Lumpur tu.  Dia kata ada peluang lagi kalau nak sambung kat sana.  Lagi cepat masuk, lagi cepat habis Acam oi, bolehlah cari kerja pula lepas tu,”  omel Encik Daud tidak puas hati dengan jawapan Acam.  Iyalah, kalau hendak ditunggu Politeknik tu tahun depan baru ada tawarannya.  Baiklah ambil yang mudah dan lebih cepat.

“Ikut ayahlah.  Acam ikut je,” jawab Acam malas hendak bertelagah lagi dengan kedua orang tuanya.  Lagi pun, betul juga kata ayah, ambil yang mudah dan cepat.  Mana ada orang tua yang hendak melihat anak-anak mereka tidak berjaya. 

            Sudahnya, makan tengah hari itu Acam banyak mendiamkan diri.  Ibu dan ayahnya tahu anak gadis mereka tu tak berapa nak setuju tapi demi masa depan kenalah berfikir jauh.  Lincah tangan Acam menyusun pinggan mangkuk ke dalam sinki.  Meja makan perlu diuruskan terlebih dahulu dan kemudian barulah kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga yang digunakan untuk memasak tadi dibersihkan.  Lauk pauk untuk adik-adik telah disimpan di dalam bekas elok-elok.  Mudah untuk adik-adik menceduknya sendiri nanti.  Ibu dan ayah akan keluar semula bertugas setelah usai solat Zohor.  Fikiran Acam lebih banyak menerawang entah ke mana.  Hajat di hati untuk menyambung setahun lagi di Politeknik hancur berderai begitu sahaja. 

‘Ah, tak kisahlah.  Yang penting aku dapat diploma,’ bisik Acam memujuk hati sendiri.


*****************


            Urusan permohonan masuk ke Kolej Twintech telah diuruskan oleh ayah dan tak sampai dua minggu dah dapat pun jawapan daripada pihak pentadbiran.  Jurusan Elektronik menjadi pilihan Acam.  Alah, setahun je pun nak dapatkan segulung diploma tu bukan lama sangat.  Pejam celik pejam celik dah habis setahun nanti.  Surat tawaran di tangan direnung lama.  Tertera tarikh pendaftaran di helaian kertas itu.  Seminggu lagi Acam akan menjadi warga mahasiswi Twintech Kuala Lumpur.  Sekali lagi dia akan meninggalkan keluarga untuk mencari ilmu dalam menggapai cita-cita yang tertanam.

            Telefon bimbit yang terletak cantik di atas meja diambil lalu lincah jari-jemari halusnya menaip sesuatu di papan kekunci. 

Salam.  Awak sibuk ke? ~ Acam

            Sunyi.  Balasan yang diharapkan masih tidak kunjung tiba.  Hati yang tidak keruan semakin membara resah.  Lima minit berlalu, masih tiada balasan.  Seketika kemudian, berkumandang lagu Andai Ku Bercinta lagi nyanyian Mojo yang menjadi notifikasi mesej masuk di telefon bimbit Acam.  Nasib baik cepat, kalau dalam setengah jam tak ada balasan Acam sudah memutuskan untuk tidak memberitahu terus tentang pemergiannya ke Kuala Lumpur itu.

Waalaikumussalam.  Maaf awak, lambat balas mesej.  Tadi saya sedang mesyuarat, biasalah orang baru kena tekun sikit. ~  Dzil

Hmm.. ingatkan dah tak nak balas.  Nak merajuk dah tadi. ~ Acam

Alolo.. sweetnya nak merajuk.  Awak kalau merajuk, harus saya kena basking lagi depan rumah awak.  Seratus enam puluh kilometer sejam saya kena rempit nak sampai rumah awak malam ni.  ~ Dzil.

Mengadalah.  Sibuk ke?  Kalau sibuk saya tak nak ganggu awak. ~ Acam.

Untuk awak sesibuk mana pun saya boleh luangkan masa.  Maaf ye sekarang ni jarang dapat hubungi awak lagi.  Baru-baru kerja ni memang tak menang tangan, almaklumlah orang baru mestilah teruk kena buli. ~ Dzil.

Tak kisahlah, lagi pun saya memang faham.  Nak bagi tahu awak je yang saya akan sambung belajar ambil diploma kat Twintech Kuala Lumpur. ~ Acam.

Oh, that’s good.  Congratulation.  Happy for you.  Bila masuk? ~ Dzil.

Minggu depan pendaftaran.  Saya ambil elektronik, setahun je. ~ Acam.

Okey, nanti malam saya call awak ye.  Awak tunggu tau call saya, jangan engage dengan orang lain pula.  Got to go, miss u much. ~ Dzil

Hmmm.. take care. ~ Acam. 

‘Miss you too…,’ bisik Acam sendiri.  Barulah berseri sedikit wajah mulus gadis itu dihiasi senyuman yang mula menyapa.  Kalau tidak, seharianlah muncung berdepa mengalahkan hook penyangkut baju.  Bibir masih lagi tersenyum sambil ulang membaca mesej-mesej kiriman Dzil sebentar tadi. 

            Hish, susah betul mulutnya hendak meluahkan rasa sedang hatinya dibuai rindu yang mencengkam kemas.  Semua rasa yang bersarang di hati disimpul mati dan disimpan elok di lubuk hatinya.  Biarlah sampai tika itu nanti, semua rasa itu terluah sendiri.


*********************


Jam dinding bercorak Garfield si kucing pemalas itu dikerling berulang kali.  Jarum sudah menginjak ke angka sepuluh.  Sudah hampir sejam dia menanti telefon bimbitnya berdering.  Inilah yang dikatakan, penantian itu satu penyiksaan.  Tersiksalah sangat!

‘Hish, mana mamat ni,’ gerutu hati Acam geram.  Tadi kemain lagi suruh orang tunggu, tak bagi engage dengan orang lain konon.  Ini dah cecah jam sepuluh pun tak telefon lagi.  Sudahnya, kuih kapit Cik Siti juga yang menjadi mangsa.  Hampir habis satu balang dikerjakan dek Acam sambil melayan enovel baru penulis Rinsya Ryc, Kuli Rumah Untuk Dia.  Heh, best juga dapat layan si Syak dan Min tu.  Tapi yang tak bestnya, terpaksalah gantung baca sehingga episod dua puluh je yang ada di blog.  Kena panjat tangga kesabaranlah untuk dapat baca sesi cetak nanti, mahu tujuh lapan bulan lagi tak pun tahun depan.  Itulah, kalau dah tersangkut dengan hobi melayan enovel-enovel penulis berbakat di blog-blog mereka ni, memang tak boleh nak pusing balik.  Dalam sakit hati apabila bacaan tergantung pun masih nak sambung baca dan baca lagi. 

            Habis satu per satu blog penulis di bloglistnya diterjah.  Sekali lagi jam dinding dikerling.  Setengah jam telah berlalu namun masih lagi dalam penantian.  Penat berbaring, Acam bangkit menuju ke almari pakaiannya.  Beberapa helai baju yang tergantung dicapai lalu diambil dan diletakkan ke atas katil.  Berkemas awal pun bagus juga, tidaklah nanti tergesa-gesa bila tiba waktunya. 

Jeone aldeon naega anya Brand new sound 
Saerowojin nawa hamkke One more round
Dance Dance Dance till we run this town
Oppa oppa I'll be I'll be down down down down


Hah tu dia, terjerit-jerit dah telefon bimbit Acam dengan lagu OH nyanyian SNSD (Girls’ Generation) yang popular di Korea.  Inilah penangan si Qaid dan Qalisha, dua beradik yang gila sangat dengan K-Pop sehinggakan ringtone telefon bimbit Acam pun disetkan dengan lagu pop Korea tu.  Disebabkan lagu tu memang best dan tengah hot masa kini, Acam biarkan sahajalah.  Kadang-kadang satu rumah sewanya turut bergoyang apabila telefon bimbit Acam berdering.  Rindu pula pada rakan-rakan sewaannya yang sama-sama tiga suku dengannya tu.

Alunan lagu sengaja dibiarkan lelama, menandakan sakitnya hati menanti.  Biar Dzil rasa sakit hati bila panggilannya lambat diangkat.  Begitulah sakitnya hati Acam menanti panggilan yang tak kunjung tiba.

I like the way you smile
Like the way you talk
Whenever you’re ready
Wanna be… something new, Oh

Hey, oppa na jom bwa nareul jom barabwa
Cheomiya ireon nae maltu ha!
Meorido hago hwajangdo haenneunde
Wae neoman neoman moreuni
Dugeun dugeun gaseuni tteollyeowayo
Jakku jakku sangsangman haneun-geollyo
Eotteoke hana kotdae nopteon naega
Malhago shipeo

Oh oh oh oh ppareul saranghae
Ah ah ah ah mani mani hae
Sujubeuni jebal utjimayo
Jinshimini nollijido marayo


Kasihan pula melihatkan telefon yang penat berdering, terus Acam mengangkatnya.  Best juga sekali sekala layan lagu-lagu K-Pop ni.

“Hello..,”

“Waalaikumussalam,” perli Acam sengaja.  Melepaskan geram pun ada dalam waktu yang sama.

“Assalamualaikum.  Hamboi, marah eh?” 

“Mana ada marah, tengah suka ni.  Tak nampak ke tengah ketawa mengilai-ngilai,” balas Acam masih dengan suara yang mendatar. 

Ketara sangat amarahnya di telinga Dzil.  Tersenyum lelaki itu di hujung talian.  Alahai, buah hati pengarang jantung dah marah.  Itulah, tadi dia juga yang beria-ia sangat menyuruh Acam menunggu panggilannya, sudahnya dia pula yang terlewat.  Tentulah naik angin minah tu.  Acam pula, memang terkenal dengan panasnya walau pun sembilan puluh lima peratus telah berubah, tapi angin yang lima peratus tu huh, susah betul untuk dilenyapkan.

“Eii.. awak kalau marah sampai kat sini nampak comel sungguh.  Lagi awak marah lagi saya suka tengok muka dan hidung awak yang merah tu, gorgeous,” usik Dzil.  Terdengar gelak halus Acam di hujung talian.  Menjadi juga usikan Dzil.

“Tak payah nak poyo sangatlah awak…,”

“Demi awak sepuluh kali poyo pun saya sanggup cik Acam.  Hmm, maaf ye saya lambat call awak, baru balik ni.  Baju kerja pun tak sempat nak tanggal lagi, baru cabut stoking je,”

“Iskh, lewatnya balik kerja.  Awak ni betul kerja ke, pergi buat kerja lain?”

“Saya nak buat kerja apa lagi awak, kerja kat ofis tu jelah.  Lainlah kalau awak ada kat sini boleh la juga saya sambung on call ke dengan awak, makan-makan, lepak-lepak kat bandar Melaka tu.  Ni dok sorang-sorang kat sini, selain tempat kerja balik rumah layan VCD je.  Petang tadi ada taklimat yang sepatutnya habis pukul lapan tapi biasalah, janji melayu, terbabas juga.  Sorry ye awak,”

            Rasa bersalah memukul ruang hati Acam demi mendengar penjelasan Dzil.  Kesian pula kat mamat seorang tu, dahlah baru balik kerja tak sempat nak berehat dah kena bergayut dengannya.  Perbualan mereka kembali berkisar tentang kehidupan masing-masing dan tak kurang juga dengan berita pengajian Acam.

            Menyedari malam semakin merangkak tua, Acam menoktahkan perbualan rancak mereka dengan ucap salam.  Kasihan Dzil yang masih belum berehat dan tentu sekali belum menunaikan solat Isyaknya.  Tidak mahu menjadi penyebab kelekaan itu hingga ibadah yang satu itu dilupakan. 

Walau pun jarak memisahkan mereka namun ia tak pernah menjadi penghalang untuk menguntumkan bunga-bunga rasa yang terpendam jauh di lubuk hati.  Biarlah masa dan waktu menjadi penentu antara mereka.  Andai benar jodoh untuk mereka telah tertulis di Luh Mahfuz, sejauh mana pun mereka lari, tetap akan bersatu di bawah ikatan yang tulus dan suci. 


**********************

Jom layan lagu ni jap.. suka betul dengar.. menyentuh kalbu.. 



Salam dan selamat malam sayang2 Kak Yus.. semoga n3 malam ni mengubat rindu kalian pada Acam & Dzil.  Maaf ye peminat Qaid, he's not in da house malam ni, pi Qatar kejap, nanti dia balik kita sambung pasal dia lak ye.. hehehe... harap n3 ini tidak mengecewakan, almaklumlah berkejaran dgn tugas n keyboard utk siapkan, mana2 yg kurang dan salah silap..minta maaf ye.. sudi2 drop komen utk kak yus.. 

Lots of luv ~ Kak Yus.

Thursday 20 September 2012

Biar Cinta Bertaburan ~ Versi Raya Part III (Akhir)


           
         Riuh rendah rumah awal-awal pagi dengan telatah adik-adik yang sibuk hendak bersiap.  Masing-masing sibuk mengecop bilik mandi.  Waktu hari raya pandai pula nak mandi cepat-cepat memasing, kalau tidak asyik kau dulu, aku kendian je.  Iyalah nak kejarkan pahala sunat mandi sunat hari raya.  Nasib baiklah aku dan Emeer tak perlu nak menunggu giliran seperti adik-adik kerana bilik kami sudah tersedia bilik air di dalamnya.  Begitu juga dengan abah dan mak.  Maksu awal-awal tadi dah mandi, itulah yang aku dan Emeer terkantoi kat dapur tadi tu.  Heh, cerita pasal kantoi, satu rumah dah tahu pasal insiden tu.  Jenuh digelakkan dek semua orang.  Si Eizleen yang tak tahu apa-apa tu pun sama naik je menggelakkan ibu dan ayah macamlah dia faham sangat.  Orang gelak, dia pun gelak sama.  Tumpang sekaki je.

            Bunyi pancuran air bercurahan masih lagi kedengaran di sebalik pintu bilik air.  Rambut yang basah masih lagi belum kering sepenuhnya untuk aku menyanggul dan mengenakan telekung sembahyang.  Memandangkan Emeer yang masih lagi belum selesai bersiram, aku menyediakan persalinan Baju Melayunya.  Satu persatu aku letakkan elok di atas katil yang telah pun bersusun kemas.  Anak gadis kecilku telah awal-awal lagi mendapatkan mak-mak saudaranya yang berada di luar.  Nasib baiklah anak gadis kecilku itu tidak takut mandi awal pagi dan mudah untuk untuk menyiapkannya.  Rambut yang ikal dan beralun-alun itu aku dandan kemas dengan ponytail cinonit yang sangat sesuai dengan Eizleen.  Suka sangat dia dapat mamakai baju kurung.  Mulut pun sibuk dok menyebut, mama ama (mama sama) sambil menunjuk ke arah aku.  Iyalah pun, dah semuanya sama sedondon satu family.  Tahun ni, aku, Emeer dan Eizleen mengenakan pakaian bertemakan hitam putih.

            Senyumanku mati tiba-tiba apabila terasa sepasang tangan merangkulku erat daripada belakang.  Sejuk. 

“Eii, abang ni.  Buat sayang terperanjat tau dah la basah lagi, peluk-peluk pula,” rungutku sengaja.  Suka sebenarnya, tapi berlakon je tak suka.  Hati akan kembang bermangkuk-mangkuk, gembira setiap kali Emeer memelukku erat.  Kasih sang suami seakan tercurah sepenuhnya.  

“Laaa.. kalau abang tak peluk isteri abang, abang nak peluk siapa lagi sayang,” balasnya mengusikku.

“Gatallah abang ni,” usikku tapi masih membiarkan pelukannya yang semakin kejap. 

“Puan Ayesha, apa salahnya menggatal dengan isteri abang sendiri, kan,”  bisiknya ke telinga.  Serentak dengan itu juga satu kucupan hangat hinggap ke leherku.  Memang port dialah kat leher tu, tahu sangat aku memang ala-ala sensitif sikit part-part leher ni.  Lagilah sukanya suami aku seorang ni menyakat aku.

“Gatal tu tak kisah encik abang sayang, yang kisahnya wuduk sayang dah batal.  Abang dah ambik wuduk ke?”

“Allah, terlupa ada wuduk tadi.  Ni sayang punya pasallah ni, tengok muka sayang yang comel ni terus nak peluk je.”

“Amboi, kita pula yang salah.  Dah, cepat ambil wuduk balik nanti kang jadi subuh gajah pula,”  bising mulut aku menceceh.  Baru anak seorang, aku dah macam mak nenek menceceh. 

            Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya lagi, aku dan Emeer dapat berjemaah menunaikan solat.  Memang itulah yang selalu dipesan oleh abah, selagi mampu berimamlah dengan suami ketika menunaikan ibadah solat.  Semoga kasih sayang melimpah ruah dalam rumahtangga.  Usai melipat telekung dan sejadah, aku segera merias wajahku dengan sedikit warna-warna segar agar wajah tidak kelihatan terlalu pucat. 

“Hish, meh sini sayang buat.  Dah besar panjang pun tak pandai-pandai lagi,” bebelku sambil mencapai butang baju Melayu yang berada di tangannya lalu mengenakan butang-butang itu.  Ketika itu juga pinggangku dirangkul dan tubuhku dirapatkan ke arahnya.  Bibirku menjadi sasaran bibir nipis Emeer.  Kucupan sayang yang hangat tapi seketika. 

“Abang…,” protesku.

“Hmmm.. membebel lagi.  Dari tadi tak berhenti membebel sayang abang ni, kan dah dapat,” kata-kata Emeer mengundang senyuman di wajahku.  Memang pun, dari tadi mulut aku tak berhenti menceceh.  Mula-mula dengan Eizleen, kemudian dengan suami aku yang manja sangat ni pula.  Nasiblah abang oi, dapat isteri kuat menceceh.  Err, tapi dulu aku tak pula macam ni kan.

            Aku melutut di hadapan Emeer yang sedang duduk di atas sofa di sisi katil.  Ipad yang berada di tangannya segera diletakkan lalu tangan itu aku gapai. 

“Abang, selamat hari raya.  Sayang minta maaf andai selama ni sayang gagal menjadi isteri yang terbaik untuk abang.  Ampunkan sayang kalau ada salah dan silap sayang, kasar tutur kata sayang terhadap abang.  Terima kasih kerana menjadi suami yang sempurna di mata sayang dan ayah yang terbaik untuk Eizleen.”  Tangan Emeer kukucup penuh kasih dan hormat.  Aku terasa kepalaku dikucup lembut.  Memang itu kebiasaan Emeer.  Seraya itu, tubuhku diraih dan aku didudukkan di atas ribaan Emeer.  Cantik lot parking ni, selesa sungguh!

“Sayang tak pernah buat silap dengan abang.  Abang bahagia dapat hidup dengan sayang, dapat mencintai sayang dan mencurahkan kasih kita bersama anak-anak kita,” tuturnya lembut.  Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku suami sebaik Emeer dan kasih sayang yang melimpah ruah dalam kehidupan kami.  Aku memanjat syukur kepadaNya.

            Lembut satu ciuman sayang melekat di bibirku.  Walau pun hanya sekilas, namun sudah cukup menggetarkan hati wanitaku.  Aku menolak bahu Emeer lembut, mengingatkannya agar tidak terlajak bermain perasaan. 

“Err, sayang, kita keluar lambat sikit nak?”

“Ishk abang ni, Eizleen dah lama kat luar tu tunggu kita, nak buat apa kat dalam ni lama-lama?”

“Nak tuntut hutang dengan sayanglah,” bisik Emeer dengan suara yang sengaja diromantiskan.  Alahai suami aku seorang ni, cair hati aku ni tau tak!

“Abang…”

“Kata nak bagi Eizleen kawan, elok sangatlah ni.”  Geramnya.

“Ouchhh, sakitlah sayang.  Daripada sayang ketam abang, baik sayang kiss abang, ada juga baiknya,” usiknya lagi.  Eii, geram sungguh.  Malas hendak melayan peel tak betul suami aku pagi-pagi ni, segera aku meloloskan diri daripada pelukannya.  Elok je tadi mood romantik bertandang, dah sekarang mood miangnya datang pula.   Siapa punya suamilah ni! Ado..


*********************
            Memang suasana pagi raya tak sah kalau tak ada  riuh rendah dengan suara adik-adik aku.  Adib yang dah besar panjang tu pun perangai mengalahkan budak-budak ribena, suka sangat menyakat adik-adik yang lain.  Lagi seronok dapat menyakat Eizleen.  Gembira melihat mak dan abah yang cantik berpakaian sedondon biru muda tersenyum melihat adik-adik yang sudah pun bersiap sedia menanti kehadiran mereka.  Maksu pun kemain cantik lagi dengan Kebaya Betawi merah jambunya.  Nampak lebih muda.  Biasalah, sebelum menghadap rezeki pagi raya perkara pertama yang harus kami lakukan tentulah bersalaman memohon ampun dan maaf daripada abah, mak dan Mak Su.  Kemudian, giliran adik-adik beraya dengan Emeer dan aku dan seterusnya.   

          Alhamdulillah, aku bersyukur kerana tahun ini sekali lagi aku diberi peluang mencium kedua tangan orang tuaku pada hari raya pertama.  Sayang sangat kat encik suamiku yang sangat memahami, tapi iyalah, takkanlah aku nak ambil kesempatan pula atas kebaikannya.  Sudah tentu aku juga kena fikirkan hati dan perasaan keluarga mertua juga.  Memang kami tinggal berdekatan, tapi suasana hari biasa dan hari raya jauh berbeza.  Hidup kenalah adil, barulah rumahtangga aman dan bahagia.  Tak gitu..

“Kak, orang nak minta banyak ni,” ujar Adib sambil mencium tanganku.  Adik seorang ni memang tak lekang dengan tabiatnya begitu. 

“Hmmm.. minta je kan, bagi tu tak tau lagi ek,” sakatku.  Tersungging sengih kelat di bibirnya.

“Orang nak minta maaf, minta halalkan semua yang kakak dah bagi, beli dan belanja kat orang.  Lepas tu orang nak minta, bagilah orang member sorang, boringlah asyik kawan dengan minah bunga je.”  Errkkk.. memang nak kena seligi budak ni.  Ada ke salam raya minta aku bagi kat dia member sorang.. dia ingat aku ni kilang kicap ke, boleh main order-order.  Aku menoleh Emeer yang setia menanti giliran untuk disalami.  Bukan main lagi lebar sengihnya.  Sah-sah malam nanti ayat itulah yang akan menjadi modalnya.  Hampeh betul adik aku seorang ni.

            Wajah gembira adik-adik terpancar apabila masing-masing menerima habuan duit raya.  Eizleen pun jangan cakaplah, girang sungguh lebih-lebih lagi ini pengalaman pertama berhari raya.  Dah dapat kaki lagi laju je dia mengekori mak-mak saudaranya bersalaman.  Seronok bukan main apabila dipeluk cium oleh Ayahki, Maktok dan Toksunya.  Tambah seronok semasa si kecil itu pun tumpang sekaki dengan mak-mak saudaranya mengira duit raya.  Saat-saat indah itu aku rakam satu persatu agar dapat kuputar setiap kenangan apabila rerambut putih bertamu kelak.  

           Sesudah bersarapan, masing-masing bersiap ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri dan seterusnya menziarahi pusara maktok dan Aki serta paksu.  Rindua akan kehadiran mereka.

*******************

            Pemandangan hijau di kedua-dua belah laluan perjalanan memukau pandangku.  Inilah julung kalinya aku menjejakkan kaki ke kampung halaman Emeer.  Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, aku, Emeer dan Eizleen dijemput oleh Pak Mad, pemandu peribadi daddy yang setia dan kebetulan memang berasal daripada kampung yang sama.  Sebenarnya, daddy memang lebih suka mengambil penduduk sekampung daddy untuk bekerja dengannya.  Sengaja memberi peluang pekerjaan kepada mereka kerana kata daddy inilah sahaja ‘social contribution’ yang dapat daddy berikan kepada masyarakat setempat yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.  Daddy memang sangat ‘low profile’ jika hendak dibandingkan dengan ahli-ahli perniagaan yang berjaya setaraf dengan daddy.  Itu membuatkan aku lebih menghormati daddy begitu juga dengan mummy yang nampak sophisticated tetapi di sebaliknya masih tebal dengan ciri-ciri kemelayuan. 

Memandangkan hari sudah agak lewat petang, kami terus sahaja pulang ke rumah daddy walau pun hajat awalnya ingin bersiar-siar di sekitar Bandar Alor Setar.  Tak apalah, sebelum pulang pun masih sempat hendak melawat bandar itu.  Perjalanan yang mengambil masa tiga puluh minit itu terhenti di halaman sebuah rumah agam besar yang tersergam di atas bukit yang bersaksikan pemandangan hijau sawah padi serta burung-burung camar yang sudah pun mula berterbangan pulang menyambut remang senja.  Terpukau dengan keindahan alam dan keunikan rumah agam daddy.  Tersergam cantik bersama seni binaan yang sungguh teliti.  Bahkan pepohonan rendang yang memagari rumah agam itu tidak sedikit pun mencacatkan pemandangannya.  Kelihatan deretan khemah sudah mula dipasang bersama riuh rendah masyarakat sekeliling membantu menyediakan hidangan untuk tetamu yang akan bertandang selepas solat maghrib nanti.  Memang meriah melihatkan kerja-kerja gotong royong penduduk setempat yang sangat akrab seperti saudara-mara sendiri.  Ini mengenangkan aku kepada kampung halamanku.  Indah bila semuanya bersatu dan sehati.

Kehadiran kami disambut girang oleh daddy dan mummy yang sedang asyik berbual dengan beberapa orang penduduk kampung dan saudara mara di salah sebuah khemah yang terpasang.  Laju sahaja langkah Eizleen mendapatkan Tokdaddynya.  Memang manja sesangat budak kecil tu.  Hmm, kalau di rumah abah dia tak lekang didukung dan disakat oleh mak-mak saudaranya, di sini apatah lagi.  Bukan main ramai lagi tu saudara-mara yang turun mendapatkannya.  Terkekek-kekek ketawa disakat dek Nuha. 

Alhamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan Lyana Arissa dan Mikail Abdullah dengan tersarung indahnya cincin pertunangan ke jari manis Lyana.  Doa diaminkan tanda memohon kepada Yang Maha Esa agar pasangan itu dipermudahkan dalam menempuhi perjalanan mereka sehingga ke jinjang pelamin.  Kebahagiaan yang terukir di wajah Lyana ketika aku mendakapnya jelas menyatakan betapa dia bersyukur segala keperitan yang dilaluinya sebelum ini hampir sampai ke noktah penamat.  Setiap saat aku mendoakan kebahagiaan adik ipar kesayanganku ini.  Tanpa Lyana Arissa, entah di manalah Ayesha Sorfina.

Satu per satu wajah mereka yang hadir kurenung jauh, namun aku masih menanti wajah yang satu itu.  Di manakah dia?  Tidak hadirkah dia meraikan hari bahagia Lyana ini?

******************
            Erat dakapan Emeer menghangatkan tubuhku seakan tidak memberikan ruang kepada dingin subuh menjentik kulit isterinya ini.  Kejap dan sasa.  Perasaan ingin menggeliat kutahankan bimbang mengganggu tidurnya yang lena.  Jam yang tergantung di dinding kukerling, masih terlalu awal.  Azan subuh pun masih belum berkumandang.  Entah kenapa, lenaku seakan terganggu.  Ruang fikirku masih memikirkan dia.  Bagaimanakah dia saat ini? 

            Hampir setengah jam berbaring dalam pelukan kemas Emeer, menikmati harum bauan suamiku yang memang tak akan lekang dek deria bauku. 

“Sayang, jomlah kita bagi Adib member.  Kesian kat dia, the only boy in the family.”  Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Emeer malam tadi.  Huh, main kias-kias pula.  Kalau dah mengada-ngada tu cakap je lah terus terang kan

“Abang kan ada.  Cukuplah tu dua orang big boys yang sayang kena handle.  Tak larat nak handle ramai-ramai.” 

Padan muka, senang je aku tangkis.   Namun melihatkan wajah Emeer yang mula cemberut, aku iyakan sahajalah.  Mulalah tu, mengada-ngada nak merajuk.  Lagi pun kesian kan kat dia, sepanjang musim raya ni memang tak dapat nak bermanja-manja sangat pun dengan aku.  Isterinya ni, sibuk ke hulu ke hilir.  Bila malam menjelang, badan pun dah keletihan dan syukur, Emeer sangat-sangat memahami. 

“Okey, malam ni sayang bayar upah abang.  Tapi boy ke girl, itu terserah pada abanglah.” 

Hamboi, bukan main lebar lagi sengih tu.  Bukan sampai ke telinga dah, sampai ke mata dah pun.  Mentang-mentanglah Eizleen tak tidur bersama kami malam tu.  Awal-awal lagi kakak Nuhanya dah booking ajak tidur sekali dengannya.  Si Eizleen pun apa lagi, pantang nampak kakak Nuhanya, asyik mengekor aje.  Apa yang Nuha pegang semua dia nak, apa yang kak Nuha buat, dia pun nak buat juga. 

Masih terasa hangat bibir Emeer di serata tubuhku.  Masih terasa lembut belaian jari-jemarinya di setiap helai anak rambut.  Hangat nafas dan kencang denyut jantung di dadanya masih bersatu denganku.  Walau pun usia perkahwinan kami hampir mencecah dua tahun, tapi perasaan berkasihan itu masih tetap sama seperti hari pertama kami bersama.  Masih hangat dan membara setiap hembus nafas dia dan nafasku.  Aku berdoa agar rasa ini tidak akan pernah sesekali pun pudar. 

Lamunanku terhenti apabila terasa hangat deru nafas Emeer di leherku.  Hish, mesti dah bangun encik suami aku ni. 

“Sayang ni kuat termenunglah.  Orang kata kalau perempuan kuat termenung tu tandanya ‘ada isi’,” usiknya berbisik.  Heh, mengada-ngada.  Eh, tapikan baru aku sedar yang selama sebulan Ramadhan, aku tidak didatangi ‘haid’ pun.  Seronok menjalani ibadah puasa sehingga aku lupa akan perkara itu.  Mungkinkah? 

“Hish, kenapa pula abang cakap macam tu.  Ada-ada je abang ni.”

“Manalah tahukan, tahun ni sayang puasa penuh.  Ni pun dah masuk empat hari raya, sayang still okey lagi.  Nanti balik kita pergi klinik ye, mana tahu kalau Eizleen betul-betul nak dapat adik.”  Bisikan Emeer mengundang sejalur rasa indah bertandang di hatiku.    Emeer memang sangat teliti tentang aku.  Kadang-kadang dia yang lebih mengingati tarikh-tarikh penting yang sepatutnya aku ingati.  Setiap yang berkaitan denganku adalah sangat penting bagi dirinya.  

         Sebuah kucupan lembut menyapa pipiku, hangat dan aku biarkan ia berlelama di situ.  Suka dimanjai begini.  Tak kisahlah kan, suami aku bukan suami orang lain pun.

“Hmmm, muka belum cuci suka-suka nak cium orang, jom mandi.  Kejap lagi masuk waktu subuh,” omelku lalu pelukan Emeer semakin erat.  Sukalah tu kalau aku ajak mandi.  Memang manja dan ‘over’. 

            Sesudah sarapan, aku mengajak Emeer ke rumah Uncle Nasir, adik daddy yang tinggal hanya dua kilometer daripada rumah agam daddy.  Niatku satu, hendak menziarahi dia yang kucari-cari hadirnya semalaman.  Mama dan Papa pula akan mengikut Lyana ke Padang Besar bersama Mikail.  Aku pun teringin nak pergi, tapi akan menyusul kemudian selepas menziarahi dia.

            Kesunyian menyambut kedatangan kami.  Suram.  Pintu rumah terkuak kecil dan terpacul wajah Aunt Nisa di sebaliknya.  Melihatkan Emeer, aku dan Eizleen, terus pintu rumah dikuak lebar.  Aunt Nisa menerpa ke arah kami lalu tubuh Emeer dipeluk erat.  Seketika pelukan itu bertukar kepadaku.  Ada genangan air mata mengalir laju di pipi Aunt Nisa.  Wajah tua dan suram Aunt Nisa kurenung penuh simpati.

            “Siapa datang tu mama?”  Suara parau di sebalik pintu jelas kedengaran sebelum empunya suara itu muncul mempamerkan diri.  Terkejut dengan kehadiran kami, Uncle Nasir seakan terpaku di muka pintu.

            Segera kami menghulurkan tangan menyalami Uncle Nasir yang seakan tidak percaya dengan kunjungan kami.  Wajah Uncle Nasir juga disapa kesuraman yang jelas.  Jauh berbeza dengan wajah yang aku temui ketika majlis resepsi kami di Dewan Felda dulu.  Seorang lelaki yang kacak walau pun sudah berusia kini bertukar kepada seorang bapa yang hanya jelas kesuraman bertapa di wajahnya.  Kesian Uncle Nasir dan Aunt Nisa.

            Kami dijemput masuk dan ketika langkah kami menghampiri ruang tengah, mataku tertangkap sesusuk tubuh yang sedang lesu duduk di atas kerusi malas menghadap ke luar tingkap.  Segera langkah kuhayun deras menuju ke arah tubuh itu.  Ya Allah, sungguh aku terharu melihat wajah itu.  Hatiku seakan hancur berderai melihatnya.  Tanpa sedar, aku memeluk tubuh lesu itu kejap.  Ya Allah, janganlah Kau biarkan gadis ini begini selamanya.  Perlahan aku rungkaikan pelukan apabila telingaku tertangkap esak halus gadis itu.

“Aku minta maaf,” sayu dan perlahan bisiknya.

“Noreen, Sha tak pernah berdendam dengan Noreen.  Sha dah maafkan Noreen, dah lama.  Jangan siksa diri Sha macam ni,” pujukku.  Memujuk dirinya dan memujuk rasaku juga.  Rasa simpati dan sedih melihatnya.

“Ini semua pembalasan Tuhan kepada aku, Sha.  Aku kejam.  Aku jahat.” 

“Sudahlah Noreen.  Kita terima apa yang telah terjadi, hidup perlu diteruskan.  Noreen jangan macam ni, bangkit semula.  Masih ramai yang sayangkan Noreen.  Sha sayangkan Noreen, Emeer pun sayangkan Noreen.  Kita kan saudara Noreen.”

            Esakan Noreen semakin jelas.  Aku tahu, air mata itu air mata penyesalan.  Besar sungguh pembalasan Tuhan kepadanya.  Jari-jemari Noreen kuusap perlahan, memujuk dan menenangkannya.  Masih jelas parut-parut kecil di tangannya.  Itulah parut yang ditinggalkan dan akan mengundang ingatan Noreen terhadap peristiwa hitam itu.  Peristiwa yang berlaku setahun yang lalu.

            Setelah Emeer kembali kepadaku, Noreen menjadi semakin liar.  Hidupnya tidak dapat dikawal lagi.  Malam-malamnya dihabiskan di pub dan kelab malam.  Oleh kerana terlalu mabuk, dia dibawa oleh beberapa orang lelaki yang turut berada di pub itu pulang.  Malangnya, perjalanan itu tidak terus ke rumah tetapi Noreen ditinggalkan di ladang kelapa sawit berhampiran Pekan Banting setelah diperkosa beramai-ramai.  Mujurlah ada pekerja ladang yang terjumpa Noreen yang ketika itu hanya tinggal sehelai sepinggang dan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.  Jantungnya masih kuat, nadinya masih ingin terus berdenyut. 

Namun, kemelut lain pula yang timbul hasil daripada peristiwa hitam itu.  Mereka menjadi umpatan masyarakat yang masih ketat dengan sikap pesimis, tidak mahu menerima setiap kejadian itu adalah suratan.  Hanya segelintir masyarakat yang mampu menerima nasib yang melanda Noreen.  Nasib Noreen bukan hanya kepada dirinya sahaja, malah Uncle Nasir dan Aunt Nisa juga terkena tempiasnya.  Mereka tersisih daripada masyarakat.  Daddy yang pada awalnya turut marah dengan sikap Noreen turut menanggung kesidahan apabila melihatkan keadaan Noreen setelah peristiwa hitam itu.  Noreen mengidap trauma yang hebat, sehingga hampir tidak mengenali sesiapa pun.   Oleh kerana itulah, aku mengambil masa sehingga setahun untuk bertemu dengannya.  Aku mahu bertemu dengannya dalam keadaan dia mengenali aku, dalam keadaan dia sedar dan semakin baik.

Tapi apa yang aku kesalkan ialah sikap masyarakat ini, yang hanya menerima keindahan dan menyisihkan keburukan di mata mereka.  Aku percaya setiap insan harus diberi peluang kedua tidak kira apa pun yang mereka lakukan jika mereka ingin berubah.  Siapalah kita untuk menilai dosa dan pahala mereka.  Sebagai manusia, kita juga tidak pernah lari daripada melakukan dosa walau sebesar hama pun.  Siapa kita untuk merendahkan maruah diri mereka?  Aku terdidik dengan sikap sentiasa berprasangka baik terhadap orang lain, sentiasa memberi peluang kepada insan lain untuk berubah dan sentiasa percaya pada suratan yang telah Allah tuliskan.  Terima kasih abah, mak, maksu untuk didikan yang sempurna itu walau pun aku tidak pernah sempurna.

Pesanan agar aku dan Emeer datang lagi menjenguknya mengiringi kepulangan kami.  Dalam kesedihan melihatkan keadaan Noreen, rasa gembira terpancar juga apabila melihat senyuman sudah mula terukir di bibir gadis itu.  Sabarlah Noreen.  Allah telah berikan balasanNya kepadamu di atas dunia ini.  InsyaAllah, kau akan selamat di ‘sana’ kelak.  Sempat aku mengucup dahi gadis itu, kucupan selamat tinggal dan persahabatan daripadaku.

*************************

            Home sweet home.   Akhirnya, aku kembali lagi ke syurga kami.  Walau pun tidak tersergam mewah tapi cukuplah untuk kami bertiga, erkkk.. mungkin berempat esok lusa.  Rumah ini menyaksikan cinta kami bersatu, cinta yang penuh onak dan liku.  Perjalanan hidup ini tidak pernah mudah, namun di situlah bermulanya sebuah pengembaraan indah untuk kita lalui.  Andai kita tamukan ia dengan rasa cinta dan kasih, maka segalanya akan berkilauan.  Andai kita tebarkan rasa rindu dan sayang, maka perjalanan ini akan berdindingkan kemesraan. 

            Di sebalik setiap celahan dinding dan di segenap helaan udara yang bertamu di rumah ini, ada rasa cinta yang bertaburan merata.  Biarlah kami sesak dan lemas dalam rasa cinta ini, kerana rasa cinta inilah hidup kami bermula.  Kerana rasa cinta dan kasih sayang inilah kebahagiaan melingkari hari-hari kami.

            Terima kasih kerana sudi berkongsi kebahagiaan kami.  Doakan semoga aku dan Emeer berbahagia hingga akhir nafas.  Errr.. doakan juga semoga hasrat Emeer hendak membentuk satu pasukan bola termakbul.. Aiyarkk…!!!!  

            BIAR CINTA BERTABURAN..  AGAR TIADA SATU SAAT PUN HIDUP KITA TANPA CINTA.....

TAMAT


*****************

Salam sayang-sayang Kak Yus.. hmmm..camner Part III ni?? Puas hati tak??  Harap mencapailah spesifikasi sayang2 semua.  Terungkai tak kemelut persoalan tentang Noreen?  Apa yg terjadi sebenarnya kpd Noreen memang sengaja Kak Yus tidak paparkan dlm BCB edisi cetak.. kerana cadang di hati nak wat PENGAKHIRAN di blog ini juga khas utk semua sebagai tanda penghargaan atas sokongan kepada Emeer & Ayesha.  So..Versi Raya ni kira pengakhirlah ye.  Selepas ini, jika rindu baca Emeer & Ayesha lagi.. kita belek2lah BCB semula.   Special Thanks untuk Fara aka Far Away (kertas kosong) yang telah membantu kak yus menyambung BCB Versi Raya Part II.. cantikkan garapan beliau..sangat2 berbakat n selepas ini teruskan menulis ye.. 

Kepada sayang2 semua.. semoga terhibur.  Sudi2lah drop se dua tiga empat patah kata untuk kak yus simpan sebagai kenangan di arena BCB ini...  SAYANG SEMUA. ~ KAK YUS.  10.22am, 21/9/12

Thursday 13 September 2012

Biar Cinta Bertaburan ~Versi Raya Part 2..



“Abang, api tu marak sangat.  Nanti hangus lemang tu cik abang oi.”  Hendak ketawa pun ada melihat Emeer yang terloncat mendengar jeritan aku daripada beranda rumah.  Cepat-cepat kayu api diratakan agar api tidak terlalu marak.  Itulah, orang suruh buat kerja lain dia sibuk nak tolong jaga lemang.  Bila dah duduk depan lemang tu boleh pula dia melayan budak-budak yang ramai bermain bunga api di halaman rumah.  Hadoilah suami aku nih.

            Suasana malam raya di kampung aku memang meriah.  Entah kenapa tahun ni halaman rumah aku menjadi port anak-anak yang sebaya  dengan Auni dan Aina bermain bunga api.  Mercun forbidden ye.  Dilarang bawa masuk sama sekali ke halaman rumah.  Tapi tadi, tup-tup aku ternampak berdas-das dan bercolour-colour bunga api besar yang boleh tahan juga bunyi letupannya daripada halaman rumah aku.   Berseri-seri langit malam dihiasi warna-warna cantik percikan bunga api itu.  Tak jadi nak marah sekejap apabila asyiknya menyaksikan keindahan langit.

Memang sah kerja Adib dan Emeerlah tu.  Dalam senyap-senyap sempat lagi seludup dua tiga das bunga api a.k.a mercun entah apa ke namanya.  Kalau tak silap aku Thunderclaps, begitulah diorang sebut-sebut.  Hah, dah sibuk main mercun, api lemang yang dok cantik tersusun tu pun tak dijaganya.  Bertuah punya adik dan suami.  Esok kalau berkerak dan keras lemang tu mulalah, diorang juga yang bising.  Adalah nanti suara-suara sumbang yang tak nak mengaku jadi tukang bakar lemang tu. Haishh!

Si Adib tu pun bukan main lagi, mentang-mentanglah dapat geng, suka-suki dia je nak jongket-jongket kening bila aku sound.  Hampeh tul adik aku tu.  Taulah abang ipar kesayangan dia tu dah belikan dia macam-macam untuk dibawa ke universiti.  Kiranya kalau kena sound mesti ada back up la tu.  Eleh, dia ingat aku takut ke kat abang ipar kesayangan dia tu, habis-habis pun penatlah aku satu malam tak boleh tidur.   Ini pun encik suami aku tu dok tunggu greenlight aku je untuk serahkan Myvi aku tu kat Adib.  Hmmm.. kalau setuju, boleh gak aku ketuk dia belikan aku fairlady ke sebuah kan, jahat hati aku ni.

Tudung periuk besar yang sedang bertenggek di atas tungku dapur yang sedang marak apinya di tepi rumah, aku buka lalu kucapai senduk kayu panjang untuk mengacau sedikit ketupat yang sedang direbus.  Rasanya, tadi abah yang sibuk menjaga rebusan ni tapi entah ke mana hilangnya.   Walau pun jam sudah menunjukkan angka sebelas, suasana malam masih cukup meriah.

“Hmmm.. sedap bau ketupat tu kan sayang.”  Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara Emeer yang entah bila telah berada di belakangku.  Lantas, kejap tubuhku dirangkulnya.  Eii, tak tau malu betullah mamat ni.  Tak kira kat mana-mana, ikut suka hatinya aje dia nak peluk aku.  Kang ternampak dek budak-budak kat halaman tu kan dapat malu je.  Teringat satu masa tu, macam nilah, tiba-tiba je peluk aku bagai sudahnya terkantoi dengan anak-anak jiran. 

“Oooooo.. abang dengan akak suwitt..suwitt .. ye.”  Hahaha.. itulah ayat yang budak-budak tu gunakan.  Hamboi, kecil-kecil dah pandai suwit-suwit bagai.  Tapi aku rasa budak-budak ni tak layan novel cinta tau, sebabnya, muka masing-masing memang tak ada tokoh kaki buku.  Kalau ulat buku lagilah jauh panggang daripada bara.  Jadi tak bolehlah nak kata pengaruh novel cinta yang menjadikan budak-budak tu pandai dan pickup je dengan semua ni. 

“Abang, malulah kat budak-budak tu,”

“Alah, nak manja sikit pun tak boleh.  Kedekut tau sayang ni, abang merajuklah,”

Masam mencuka wajah Emeer ketika itu. Nak merajuk pun bagitau ke? Eleh, merajuklah sangat. Aku menghampiri suamiku yang kononnya merajuk itu. Tubuhnya aku peluk kejap. Seperti biasa, getarannya masih terasa walaupun sudah mempunyai cahayamata.  Tiap hari ada getaran di jiwa bagaikan baru sehari dua kami bergelar suami isteri.  Semoga perasaan ini tidak akan pudar sehingga akhir nafas kami.

“Abang, kalau merajuk nanti tidur luar nak?”

“Eh syurga isteri...”

Mulalah nak membebel. Dah agak dah.  Memang tak sanggup cik abang ni seorang nak tidur luar jadi dia akan gunakan kuasa vetonya. Aku meletakkan jari telunjuk di bibirnya sambil tersenyum. Senyuman yang penuh menggoda, nak memujuk suami merajukkan? Sebagai isteri, peranan ini memang penting untuk mempercepatkan proses memulihkan orang yang merajuk seperti Emeer.  Lagi pun aku ni, mana boleh kalau tak hadap muka dia bila nak tidur, mesti tak lena sampai ke pagi. 

“Tolong pasangkan langsir boleh, abang?  Nanti sayang upah nak?”

“Hmmmm,” sengaja membuatkan aku tertunggu-tunggu balasannya, “Upah eh? Upah apa ye?” Soal Emeer sambil mengangkat keningnya, ada senyuman nakal di situ dan tahu sama tahulah apa maksudnya.

              Ah, kalau gatal tetap gatal!  Nasib baiklah dia menggatal dengan isteri sendiri. Err.. kalau menggatal dengan isteri sendiri dapat pahalakan.  Kalau menggatal dengan perempuan lain, memang cari bala la tu.  Aku tersenyum sahaja. Senyum simpul.  Alamak, inikan malam raya. Kenapalah aku nak layankan encik suami aku yang seorang sangat ni?  Banyak lagi kerja tak siap.  Pelukan itu aku leraikan, tubuhnya aku tolak sedikit supaya menjauhi tubuhku.  Bukan tak sudi memeluk tetapi tak boleh peluk lama-lama nanti kerja tak siap.

“Jom, abang tolong sayang  pasang langsir eh?”  Anggukan Emeer membuahkan senyum dan ria di wajahku.

“Sayang abang,” ucapku lalu satu kucupan aku layangkan di pipinya.  Itu baru bunga-bunga hadiah.

Langsir baru yang siap digosok petang tadi aku serahkan kepada Emeer.  Dia mengerutkan dahinya.  Malas layan, yang penting suamiku yang satu-satunya ini harus menolong aku memasang langsir sebelum terlambat. Kalau ditangguh-tangguh sampai ke Subuh pun belum tentu rumah ini berlangsir indah.

“Upah jangan lupa...” Emeer berbisik ke telingaku.

Senyuman lelaki itu, memang senyuman yang sangat menggoda.  Boleh penasaran dibuatnya, alahai!

*****

(gambar hiasan..)

Semuanya  sudah selesai. Jam di dinding aku kerling sepintas lalu, sudah hampir pukul satu pagi. Wah, sepatutnya semua orang sudah tidur tetapi di halaman rumah masih meriah dengan suara kanak-kanak bermain bunga api. Anak dara aku yang baru pandai berjalan pun kelihatan sibuk berkejaran dengan ayahnya di luar sana.

“Abang... Anak tu kecil lagi, dah pukul berapa ni tak nak tidur ke?”

“Eizleen ni yang tak nak tidur, bukan abang tak bagi dia tidur.”

Amboi jawapan dia! Aku turun ke halaman. Si kecil Eizleen aku panggil mendekatiku. Pantas sahaja Eizleen menggeleng kepala dan berlari semula kepada ayahnya, Emeer tersengih menang. Anak ayah! Apa lagi, selipar jepun segera aku sarungkan ke kaki dan mula menapak menghampiri dua beranak yang sedang sibuk bermain bunga api. Berhampiran mereka, sebiji pelita minyak sedang menyala menerangi halaman bersama deretan pelita-pelita minyak yang lain dan di situlah menjadi tempat mereka mencucuh bunga api.
“Malam raya sekali je sayang, jomlah main sama nak?” Emeer memeluk tubuhku seperti biasa bersama kucupan hangat di pipi.

“Tak nak! Dah lewat ni, pujuklah Eizleen naik tidur. Kalau lambat nanti upah abang tu sayang cancel, boleh?”

Sepantas kilat, kepalanya digeleng-gelengkan. Hah, tau takut!  Demi upah, encik suamiku ini sanggup buat apa sahaja. Emeer tercari-cari anak dara kesayangannya, mana pulak anak aku ni? Aku pun turut sama mencari, padahal Eizleen tidak ke mana-mana pun.  Dia hanya berdiri elok sahaja di sebalik pokok bunga kenanga milik maktoknya.  Tapi aku terpandangkan sesuatu di jarinya.  Apa kat tangan dia tu?  Tak nampak macam bunga api pun.

Tangan kecil itu menghala ke pelita yang sengaja diletak di tempat yang lebih rendah untuk memudahkan Eizleen mencucuh bunga apinya sendiri tanpa bantuan orang lain. Dan sekarang, di tangannya bukan bunga api tetapi sesuatu yang lebih kepada mercun bentuknya. Ya Allah, mana dia ambil ni? Aku dan Emeer menggelabah. Si ayah cepat-cepat menghampiri anaknya.

“Eizleen Safiyyah, buang benda tu nanti meletup kat tangan.” Jerit aku mengejutkannya.

Si kecil yang terkejut itu secara tidak sengaja mencampakkan mercun yang berada di tangannya ke arahku. Belum sempat aku memijak objek kecil yang berapi itu, mercun yang mirip lebah atau tebuan itu terbang ke arahku. Arggggg, cepat-cepat aku berlari menyelamatkan diri. Sambil itu aku bercerabih (berceloteh) sendiri. Marah! Geram.

Setelah selamat daripada menjadi mangsa mercun itu, aku bercekak pinggang di jendela. Malunya, semua yang berada di halaman sedang tertawa melihat aku yang termengah-mengah menarik nafas selepas berjaya menyelamatkan diri daripada mercun yang si kecil Eizleen bakar tanpa atau dengan sengaja itu. Jelas pada pandangan mataku sekarang, Eizleen Safiyyah juga sedang mengekek ketawa di atas dukungan ayahnya.  Sudahnya seisi rumah terkena tempias hangin satu badanku ini.  Jelingan maut aku hadiahkan kepada Emeer.

“Abanggggg.... There’s no upah tonight!” Jeritku dari dalam rumah.

“Aik... You promised me sayang...”

“No!  Pandai sangat buat halkan, hah, dua-dua tidur luar! Biar kena serang dengan nyamuk! Padan muka!”
*****

Tok... Tok... Tok... Terdengar ketukan pada pintu bilik. Siapa pula yang buat kacau ni? Telefon bimbit kucapai untuk melihat jam. Awal lagi, baru pukul dua setengah pagi. Ingatkan dah siang. Aku menggosok mata yang tidak gatal sambil menguap panjang. Terasa sangat mengantuk, sekejap sangat terlelap dan diganggu pula dengan bunyi pintu diketuk. Alamak, jangan-jangan Eizleen menangis?  Nak susu?  Cepat-cepat aku bangun.

Tapi... Mustahil! Eizleen telah awal-awal diselamatkan oleh Maktok dan Aki. Hanya ayahnya sahaja yang tidur di ruang tamu selepas didenda malam tadi. Lambat-lambat aku bangun membuka pintu, keras juga hati ini malam tadi sehingga sanggup menguncikan pintu bilik dan terus tidur. Namun suasana dingin dan aman dinihari ini melembutkannya semula. Masanya telah tiba, encik suami harus aku kembalikan semula haknya untuk  menyambung tidurnya di sisiku.  Lagi pun, memang tak lena mana pun kalau encik suami aku ni tak ada di sebelah.

Wajah Emeer di depan pintu ditatap. Alahai kesiannya cik abang ni. Aku menghulurkan tangan mengajak dia masuk ke dalam bilik. Dia tersenyum semula. Muka cemberut itu hilang serta merta.  Belum sempat pintu ditutup terasa tubuhku telah dipeluk, dan perlahan-lahan kami sama-sama berbaring di atas katil.  Kehangatan tubuhnya menjadi selimutku apabila tubuh kami semakin rapat. Hangatnya cinta kami begitu jua dengan janji setia.  Hatiku bagaikan berlagu riang.

“Sayang...”

“Hurm...”

“Upah?”

“Penatlah, postpone esok malam boleh tak abang?”

Emeer angguk. Alhamdulillah suamiku memahami kesulitan isterinya ini.  Aku tersenyum sendiri.  Sebelum dia menyambung tidur, leherku dikucup dan kemudian kami sama-sama terlena.  Kembali ke alam mimpi semula.

*****
Bunyi bising dari arah dapur membuka mataku. Aku meraba-raba Emeer di sisi, eh tiada? Kosong!  Cepat-cepat aku bangun dan mencari suamiku yang satu-satunya ini.  Ke mana dia menghilang?  Masih awal, terasa seperti sekejap sahaja dia terlelap. Pintu bilik dibuka, laju sahaja kaki ini melangkah ke dapur. Daripada jauh terdengar suara orang ketawa. Suara Emeer.  Apa yang dibuatnya di dapur seawal ini?
Aku menjenguk ke dalam dapur. Ya Allah, ini dapur ke apa ni? Ini mesti kerja Emeer. Berantakan segalanya.  Aku bercekak pinggang sambil terus menjadi pemerhati jarak jauh. Amboi Maksu bukan main seronok lagi melayan si Emeer, tak boleh jadi ni. Kena masuk menyampuk juga.  Dengan muka baru bangun tidur aku masuk ke dalam dapur tanpa rasa bersalah.

“Eh, sayang dah bangun? Abang tolong Maksu masak nasi dagang ni. Nak siap dah, nanti sayang rasa eh?”

“Abang tolong masak ke tolong sepahkan dapur ni?”

Tiada tanda-tanda Emeer membantu maksu memasak pun, nampak gayanya seperti membantu menyelerakkan dapur adalah. Di bahagian luar dapur pula ibu dan bapa mertua suamiku merangkap mak dan ayah aku lah tu, sedang mengusung periuk untuk dibawa masuk ke dalam rumah, mungkin periuk yang sudah dicuci bersih.

“Maksu dah siap masak semua. Tolong kemas dapur boleh?” Ujar maksu sebelum menghilang ke kamarnya barangkali.  Iyalah, kalau masa ni dah siap semua, maksudnya dah lamalah mereka bangun.  Ingat sekejap ke nak kukus nasi dagang?  Nak ‘harong’ (mengacau nasi dagang yang dikukus bersama santan, bawang kecil, halba dan halia) pun bukan boleh sekali dua, mahu kena dua kali juga.

Kini tinggal aku dan Emeer berdua-duaan di dapur. Kedua-dua orang tuaku juga sudah masuk ke dalam rumah.  Mereka berdua juga melepaskan tugasan mengemas dapur kepadaku, mungkin kerana aku seorang yang masih belum membuat sebarang kerja jadi akulah calon paling sesuai.  Sekejap lagi akan masuk waktu Subuh, jadi elok sangatlah kalau aku mengemas dapur sekarang kemudian membersihkan diri dan bolehlah menunaikan solat bersama Emeer nanti.

“Abang tolong sayang kemas boleh?”

“Anything for you, sayang.”

Sebelum memulakan tugasan mengemas dapur yang ibarat tongkang pecah ini, aku terlebih dahulu mencuci muka membuang segala yang melekat pada mata dan berkumur juga. Alang-alang sekejap lagi akan mandi, lebih baik aku sekalikan sahaja menggosok gigi dan mencuci muka dengan lebih sempurna ketika mandi nanti.

            Segala pinggan mangkuk kotor kumasukkan ke dalam singki. Kerja Emeer mengutip semua barang kotor itu yang bersepah-sepah, mengemas meja makan dan menyapu lantai yang penuh dengan beras-beras, kertas dan plastik pembungkus.  Memang rajin hero aku yang seorang ini. Emeer bekerja keras mengemas dapur, aku pula masih berdiri terpacak di singki sambil berfikir yang mana harus di cuci dahulu.

Air paip dibiarkan mengalir perlahan, sambil itu aku meletakkan sabun ke dalam bekas pencuci dan mula membersihkan pinggan mangkuk yang menimbun ini. Satu persatu aku bilas dan letakkan di atas rak berhampiran. Banyak juga pinggan mangkuk kotor ini, termasuk yang semalam tidak sempat dikemas dan dicuci kerana masing-masing perlukan rehat. Dah sebelum semua sibuk beraya, dapur ini haruslah dikemas.

Leka aku bermain air dan buih sabun, tiba-tiba terasa ada tangan yang melingkar di pinggangku. Hanya mampu tersenyum, alahai ayah Eizleen memang sangat memahami. Alang-alang hendak bermanja, bolehlah dia membilas pinggan mangkuk yang sudah disabun ini.  Bukan datang memeluk sahaja, datang menghulurkan bantuan juga.

“Abang tolong sayang bilas pinggan ni boleh?  Cepat sikit siap”

“Boleh je sayang.”

Emeer memegang tanganku manakala bahuku menongkat dagunya. Nafasnya kedengaran dekat dengan telinga. Ini bukan tolong membilas namanya, ini tolong melambatkan kerjaku. Terasa dia mula meramas-ramas tanganku yang penuh dengan buih sabun.  Amboi, lain yang disuruh lain pula yang dibuatnya.  Dengan perasaan marah yang dibuat-buat aku memijak kakinya.

“Aduh, ini belajar dari mana pijak-pijak kaki abang ni.” Suara Emeer mengetuk gegendang telingaku.

“Belajar dalam mimpi. Jangan kacau boleh tak? Sayang suruh abang bilas pinggan bukannya bilas tangan sayang ni.”

Pap... Tangan sasanya menyapa pipi. Dia bukan menampar aku tetapi dia menyapu buih sabuh pencuci pinggan ke pipiku. Aku hanya mampu memejamkan mata sambil menggigit bibir tanda protes.

“Abangggg...”

Aku meletakkan pinggan ke dalam singki semula lalu berpaling menghadap Emeer yang sedang tersengih macam kerang busuk. Comelnya, suami siapa tersengih macam ni? Tanganku yang masih bersabun memegang pipinya. Kami serupa, buih-buih sabun menghiasi pipi masing-masing. Wah, macam main snow!

“Sayangggg...”

Aku pula tersengih dan cuba melarikan diri sebelum Emeer menangkap tubuhku. Oh, siapalah aku ini sebelum sempat menjauhkan diri kaki pula tersepak sesuatu dan hampir terjatuh mujurlah ada hero penyelamat heroin yang sempat menarik tanganku lantas aku terdorong ke dalam pelukkannya. Sayang abang!  Boleh lebam muka aku tau kalau bernasib tak baik tersembam tadi, terima kasih Ya Allah, Kau hantarkan penyelamat ini tepat pada masanya.

“Thanks.”

“Sama-sama.”

Mata kami saling bertentangan.  Semakin lama semakin rapat, dan bibir Emeer sudah menangkap bibirku. Tautan bibir kami itu menghangatkan wajahku. Dengan buih sabun di pipi, kami bercengkerama di dapur. Pelukan terasa semakin kemas. Debaran di dada semakin kencang dan aku pula dengan rela hati memeluk tubuhnya.

“Ya Allah, lain yang orang suruh buat lain pula yang jadi kat dapur ni.”

Ngeeeeeeeeeeeeee…. Kantoi!


 *************************************************************************

** Hehehe... apa yg terjadi selepas itu?? Kita tunggu lagilah ye.. errr.. ada komen tak part 2 ni?? Ada sesuatu di sebalik garapan ini... nanti k.yus akan reveal ye.  Selamat Membaca sayang2 kak yus semua.. maaf utk segala kekurangan.. sudi2lah drop sepatah dua tiga kata2 utk k.yus.. 

Luv u ols..
~ Kak Yus ~ 

 

Blog Template by YummyLolly.com