Tuesday 5 February 2013

Mengintai Bahagia ~ 30


           


          Riuh rendah kelas Acam pagi itu kerana pensyarah yang sepatutnya masuk mengajar tidak dapat hadir kerana ada hal kecemasan.  Sudahnya, apa lagi, naik tanduklah semua.  Bising mengalahkan apa je.  Mana yang kaki study tu, awal-awal lagi dah angkat kaki ke perpustakaan mentelaah dan menyiapkan assignment.  Acam pula, tak tahu nak buat apa sebenarnya.  Lancar sahaja dia menyumbat earphone ke telinga dan menghiburkan hati dengan lagu-lagu yang berdendang di telefon bimbitnya.  Itulah untung sekarang ni, tak payah lagi nak guna MP3 bagai, telefon bimbit sahaja pun sudah mempunyai aplikasi itu.  One for all.

Alamak, syok pula layan Sinar Fm ni.  Bergoyang-goyang kepala Acam meliuk lintuk mengikut irama lagu.  Apa lagi, rock kapak dan jiwang karat otai-otai lama ditambah pula dengan celoteh DJ Abby Fana yang lebih gemar menggelarkan dirinya Kak Bed. 

Scrap book di atas meja dibelek-beleknya.  Sesekali bibirnya mengukir senyum.  Teringat peristiwa hari Ahad lepas ketika pulang daripada kampung bersama Qaid.  Hish, tak pernah dibuat-buat balik kampung berlenggang kangkung.  Ibu dan ayah pun terkejut dengan kepulangannya apatah lagi bersama Qaid.  Iyalah, ibu dan ayah memang dah sedia maklum yang Qaid berada di Qatar dan tiba-tiba muncul tanpa diundang.  Namun, makin melebar senyuman ayah apabila dihadiahkan ole-ole daripada Qatar.  Mamat tu memang pemurah sungguh, dahlah dua tiga helai jubah abaya dibelikannya untuk Acam, untuk Puan Radziah pun berhelai-helai juga.  Siap dengan tudung dan telekung sembahyang sekali. 

Senyuman yang tadinya terukir di bibir Acam terpadam sendiri apabila dia menyedari sesusuk tubuh sedang berdiri di hadapannya.  Tercegat macam kayu jati dengan wajah mencuka.  Heh, nak apalah mamat ni menyibuk je masa orang nak layan perasaan, kutuk Acam sendiri.

Faizal tanpa semena-mena menarik wayar earphone yang tersambung di telefon bimbit menyebabkan Acam tersentak.  Berani betul!  Ada yang kena penyepak ni nanti, gerutu Acam.  Muka Faizal ditenung dan ternyata mamat tu memang tak main-main.  Kerusi di hadapannya ditarik lalu terus Faizal menghenyakkan dirinya di hadapan Acam.  Garis-garis tidak puas hati jelas terpamer di wajah itu.

“Ko ni apa kes hah?” sergah Acam tidak puas hati dengan perlakuan Faizal.  Kawan, kawan juga tapi janganlah lebih-lebih.

“Siapa mamat yang ambil ko hari tu?” soal Faizal kasar.  Matanya mencerlun meratah wajah Acam.

“Mamat mana?”

“Berapa ramai balak ko ada?” sinis sindiran Faizal memancing hangat di hati Acam.  Ini sudah lebih, nak sindir-sindir pula.

“Ko apa hal nak sindir-sindir aku?  Nama aku ada binti Faizal ke ko nak rantai kaki aku suka-suka hati ko?  Suka hati aku la aku nak kawan dengan sesiapa pun, ko siapa?”  Itu dia, hati Acam sudah mula membara.  Faizal yang tadinya membara dengan api marah dan cemburu terkejut dengan perubahan diri Acam.

            Acam bangkit lalu memasukkan semua barang yang ada di atas meja ke dalam beg sandangnya lalu terus meninggalkan Faizal yang masih terpaku tidak mempercayai apa yang dilihatnya.  Betulkah itu Acam?  Beberapa saat kemudian, Faizal tersedar dan cuba mengejar Acam yang telah berlalu meninggalkan kelas.

“Acam! Acam!” Jerit Faizal namun sedikit pun tidak mendapat perhatian Acam. 

            Semakin dia cuba menghampiri gadis itu, semakin laju langkah Acam meninggalkannya.  Akhirnya, dia terpaksa berlari-lari anak mendapatkan Acam.  Bahu Acam dicapai dan cepat-cepat Acam melepaskan dirinya daripada tangan lelaki itu.  Apa hal pegang-pegang bahu orang ni.  Hati yang panas semakin mendidih.

“Ko ni apa hal hah lelaki?  Dahlah, tak payah cari pasal dengan akulah.  Jangan sampai aku menyesal dengan apa yang aku buat,” sergah Acam berani.  Baru terserlah sikap lama Acam yang semakin hari semakin hilang.  Penat dia mengubah diri menyemai ciri-ciri gadis Melayu dalam diri, tapi hari itu kelembutannya lebur seketika.

“Sorry, Acam.  But I need to know who was that guy.”

“Tak boleh blah la ko ni.  Dah arr, aku malas nak layan psiko macam ko nih.  Ko jangan tunjuk muka depan aku lagi boleh?”

“Acam, janganlah macam ni.  Aku ingat kita ni special.”

Asalehe betul budak ni, ada yang kena backhand ni karang,” bisik Acam dalam diam. 

“Dahlah, aku nak lepak kat library.  Ko boleh tak jangan kacau aku?” Terus Acam berlalu tanpa memperdulikan Faizal yang masih berdiri kaku di situ.   Sesungguhnya hati Acam sudah dipalu rasa resah.  Resah dan bosan apabila sebuah persahabatan telah disalahertikan.  Mengapakah terlalu mudah manusia menukarkan sesebuah hubungan kepada hubungan yang lain.  Jiwa kacau!



            Perlakuan Faizal sebentar tadi sesungguhnya memang mengganggu fikiran Acam sehinggakan segala apa yang dipegang di perpustakaan seperti tidak kena sahaja.  Malah, buku-buku yang diambilnya sedikit pun tidak mendapat perhatiannya.  Bingung dengan sikap mamat sengal seorang tu.  Acam meneliti dirinya, adakah selama ini dia yang bersalah.  Adakah dia tanpa sedar telah memberikan harapan kepada lelaki itu untuk menyukainya.  Rasanya, tidak pernah pun dia memberi layanan istimewa kepada Faizal.  Kalau ada pun, cuma mereka agak rapat di kelas dan sesekali bersama menyiapkan tugasan.  Itu pun kerana Acam senang dengan sikap gila-gila mamat sengal tu, saling tak ubah seperti Dzil.  Ye, Faizal mengingatkan dia kepada Dzil. 

            Bunyi alarm telefon bimbit yang disetkan mengejutkan Acam.  Masa untuk masuk ke kelas Elektronik sudah tiba.  Nasiblah di kelas ini Acam tidak perlu menghadap wajah Faizal, kalau tidak harus dia tuang kelas hari itu.  Cepat-cepat buku yang ada di hadapannya disusun dan dibawa ke kaunter pinjaman.  Memang nak pinjam pun untuk ulangkaji.  Dahlah ada tiga assignment yang perlu disiapkan, mamat sengal ni pula buat sakitkan hati lagi.  Selesai urusan di kaunter pinjaman, terus Acam melangkah menuju ke tingkat empat yang menempatkan kelasnya.  Baharu sahaja kaki melangkah hendak memasuki kelas, terasa bahunya dipaut lagi.

Ah, pleaselah.  Janganlah mamat sengal ni lagi, doanya.  Dah penat nak melayan hati yang sebal dan sakit dengan tingkah Faizal.  Acam memalingkan wajah dan sebuah senyuman terukir.

“Weh, tak pernah-pernah ko senyum bila tengok aku, ni tiba-tiba senyum kenapa?” soal Ikhwani.  Gadis itu merupakan salah seorang rakan sebilik Acam yang dihuni berempat.

“Oh, ko bawa rasa bahagia untuk aku hari ni,” gurau Acam tetapi lebih kepada lega.

“Hah, tak payah nak senyum sangat.  Tadi aku nampak Encik Nasarudin dah on the way ke sini, jom cepat.  Nanti jadi lauk kita dengan lecturer poyo tu.”

            Senyuman Acam bertukar kepada sengihan.  Iyalah, biarlah jadi lauk tak apa daripada mengambil risiko menghadap Faizal yang entah apa-apa tu. 



****************************************

Salam laling2 Kak Yus... maaf ye, blog ni lama tak berhapdet... okeh, kali ni k.yus tepek bab akhir Mengintai Bahagia di blog ni.. pendek je kan.. tp insyaAllah k.yus akan hapdet xtra bab bila dah masuk penilaian penerbit nanti ye.. sikit lagi nak sampai ke finishing line tu..

Harap n3 ni dpt ubati rindu pd Acam... maaf utk ketidaksempurnaan ye...

Kak Yus.

3 comments:

  1. Yeayyyy...! Dah nak publish lagi satu. Sayaaaangggg Kak Yus...

    ReplyDelete
  2. good luck kak Yus... tak sabar nak tunggu Acam n Dzil dalam bentuk buku. thank u kak Yus :)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com