Saturday, 21 January 2017

Cik Cashier Mamat Skru #11

Assalamualaikum sayang2 Kak Yus.
Maaf sesangat ye.. lama tak updates entry baru untuk Cik Cashier Mamat Skru ni.
Kak Yus terbusy sat dengan urusan sekolah anak2.
Almaklumlah.. Bella dah masuk form 5, Iman pulak dah masuk form 3.. dua2 nak exam besarkan.
Banyak yang nak diuruskan.
Ok.. takmo banyak2 cerita.. kita sambung bab 11 kesengalan kita ye.. hihihihi....

Happy readings luvs;

************************************




Yes. 
Yes.
Memang tak malu pun melonjak terkinja-kinja kat dapur ni. Nasib baik badan taklah besar sangat. Kalau tak harus mandi minyak. Staf lain dah tidak hairan dengan fiil aku ni.
"Hmmm.. ada la tu yang seronok sangat tu."
"Hehe.. Datin Nora bagi aku balik awal hari ni."
"Amboi! Mana aci."
"Eh. Aci la. Tiap-tiap hari aku kerja dari pukul lapan pagi sampai lapan malam tau. Aku tak merungut pun. Kerja korang pun kadang-kadang aku cover tau."
"Iya la. Iya la. Tahulah kau rajin. Nak mengungkitlah tu."
"Mana ada. Aku cakap je."
Biasalah aku kalau bercakap dengan mereka ni. Dah faham sangat. Memang hati tengah berbunga-bunga ni apabila Datin Nora membalas whatts app aku. Beri kebenaran aku kerja sampai jam satu tengah hari.
"Tina, tolong bungkuskan aku lima nasi kukus. Semua ayam goreng. Kerutuk daging side dish ye. Asing-asing tau."
"Oit banyaknya. Kau nak bawa pergi mana?"
"Ada laaa."
Mana boleh cerita dengan mereka ni. Nanti tak sampai setengah jam boleh jadi berita panas muka depan surat khabar. Kaki gossip semuanya.
Setelah menyiapkan rekod urus niaga dan bil-bil yang diminta oleh Datin Nora, aku meninggalkan restoran tepat jam satu. Laju sahaja Kancilku meluncur membelah kesibukan bandar Kuantan.
Kehadiranku disambut riang oleh dua beradik itu. Si adik sudahpun siap menyandang beg galas pinknya. Apalah yang dibawanya.
"Ayah abang mana?" Soalku kepada si abang yang tersenyum menyambut ku.
"Tu," balasnya sambil mengunjuk ke arah hujung bengkel.
Kelihatan mamat itu sedang sibuk memeriksa tayar sebuah kereta. Aku beriringan bersama dua beradik itu menuju ke arahnya.
"Abang dah makan?" Soalku sambil kamu berjalan.
"Belum."
"Adik lapar," adu si adik manja.
"Olololo. Lapar ye. Tak apa, kejap lagi Kak Fira belanja makan. Mesti adik suka."
"Yeaaaa.."
Aku tersenyum melihat keletah mereka. Baru tiga kali bertemu sudah mesra benar denganku.
"Awak."
Berdebar juga dadaku nak menegur mamat ni. Dia berpaling. Matanya tajam merenungku. Adoii.. kadang-kadang seram juga dengan mamat ni.
"Dah sampai?"
Lorhhh.. soalan apa tu. Kalau belum sampai takkanlah aku berdiri tercokoh kat situ. Nak jawab ke atau nak biarkan aje soalan tu? Aku pilih yang kedua.
"Saya letakkan tanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak saya kat tangan awak."
Masih pilihan kedua. Diam. 🙊
"Jangan lupa hantar anak-anak saya sebelum maghrib."
Okey, aku tahulah dia bapa mithali. Tak payahlah nak ingatkan aku pulangkan anak dia. Takkanlah aku nak kidnap budak-budak tu. Kalau nak kidnap baik aku tak payah susah-susah datang sini. Baik aku terus je jemput budak berdua tu kat tempat tuisyen mereka.  Tapi masih memilih untuk diam. Saja suka dengar suara dia. Tegas tapi macam sweet je. 🙄
"Nah awak!"
Aku mengunjukkan tiga bungkus nasi kukus yang aku bawa tadi. Memang dah niat aku nak bawa untuk mamat ni. Satu untuk dia dan dua lagi untuk dua orang pekerjanya yang aku nampak semalam. Kalau ada lagi sorrylah. Dua orang itu sahajalah yang aku nampak.
"Apa ni?"
"Hmmm.. saya belanja. Semalamkan awak tak bagi saya bayar upah."
Aku seakan ternampak sejalur senyum di bibirnya. Eh biar betul. Sekali lagi aku memandang tepat ke wajahnya tetapi hampa. Kelibat senyuman itu tiada membayang pun. Bermimpi ke aku.
"Okey, saya pergi dulu. Apa-apa hal awak ada nombor saya kan?"
Angguk.
"Jangan lupa pulangkan balik anak-anak saya!"
Hek eleh, kalau aku tak pulangkan baru tau. Bukan dia tahu pun rumah aku kat mana. Poyo arr mamat ni. Dah kata pinjam sohehlah kena pulangkan balik. Inikan pula anak orang.
Tangan kedua-duanya kupimpin menuju ke kereta yang memang sengaja aku letakkan di hadapan kedai. Malas nak jalan jauh-jauh.
Riuh mulut Afini berceloteh. Bertanya itu dan ini tentang rumahku dan apa yang akan kami lakukan. Nampak sangat keterujaannya. Sesekali Azfar turut mencelah. Memang Azfar ni agak pendiam. Sesekali sahaja dapat kudengar suaranya.
Sebaik memasuki kawasan Taman Tas, aku memberhentikan kereta ku sebentar di hadapan kedai Kek Kings. Tersenyum lebar Afini apabila aku mengajak mereka mengikutiku. Sengaja aku meminta Afini dan Azfar memilih kek yang mereka gemari. Akhirnya dua biji kek kami bawa pulang.
"Banyak la Kak Fira beli kek."
"Mana ada banyak, dua je."
"Dua tu banyaklah. Cikgu Abang cakap lebih daripada satu tu plural. Klu plural tu maknanya banyak."
Haish si Azfar ni. Dalam diam-diam tu, loyar buruk jugak. Tergelak besar aku dibuatnya. Boleh pulak dia samakan dengan plural bagai.
Setibanya di rumah, kelihatan mak sedang berdiri di beranda. Di tangan mak seberkas penyapu lidi. Tentu baru sudah menyapu beranda. Mak memang suka guna penyapu lidi berbeza dengan aku yang lebih gemar menggunakan penyapu biasa je. Nampakkan tahap kerajinan aku dan mak. Macam langit dengan bumi.
"Assalamualaikum mak."
"Waalaikumussalam."
Afini dan Azfar yang baru keluar daripada perut Kancil, kubawa naik ke rumah. Kedua-duanya menyalami mak.
"Adik, abang... ini maktok. Hari ni kita kawan dengan maktok ya. Tu maktok dah masak sedap-sedap untuk kita."
"Apa khabar maktok," tegur Afini ramah.
Memang tak takut dengan orang anak dara seorang ni.
"Baik. Ni siapa nama?" Mak pula mula membuka ruang perkenalan.
" Nama saya Afini. Nama abang saya Azfar. Tali maktok boleh panggil saya adik. Yang tu abang."
Cerdik betul. Petah berbicara.
"Oooohhh. Adik dan abanglah kawan Kak Firah ya."
Panjang ohh emak. Tu mesti nak ketawakan aku juga sebab aku berkawan dengan budak kecik.
"Jom masuk dalam, kita makan. Lama maktok tunggu sampai dah lapar ni."
Senyum.
Mudah pulak mak mesra dengan anak berdua ni. Adakah itu satu petanda baik buatku?
Hmmmm....
##############################################

So amacam?
Okey tak bab ni?
Meh la komen sikit.. semangat sikit k.yus nak sambung menaip.

Sayang u ols sokmo.
Kak Yus.




6 comments:

  1. Good. Takde gaduhgaduh ngan mamat skru kali ni.maktok pun dapat geng baru dah.

    ReplyDelete
  2. good job sis.keep it up.

    ReplyDelete
  3. best la citer ni...sambung la lagi...

    ReplyDelete
  4. Haii kak yus, kenalkan saye eni orang indon saya pengemar cerite malaysia
    Dah banyak dah cerite malaysia di blog yang saye bace
    Cerite blog akak best sangat, tapi bnyak yang tak sampai ending di blog
    Dah jadi novel
    Cerite yang ini best sangatlah kak yus

    ReplyDelete
  5. kak yus, bila nak sambung next chapter? best sangat cerita kak yus niii.. btw kak yus ade account wattpad tak?

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com